Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Misyar I

leave a comment »

I was startled today when I read a newspaper article about misyar. Misyar is the newest topic in discussion in Malaysia.

Utusan Melayu Headline 27 Mei 2006

—————————————————————————————

Debat kahwin misyar — * Menteri, mufti tolak * Persatuan Ibu Tunggal, pensyarah sokong

Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID dan WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menolak cadangan supaya lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar dengan alasan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya tidak mahu mempromosikan perkahwinan misyar kepada masyarakat negara ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan implikasi negatif.

Bagaimanapun dalam reaksi berbeza, Ketua Jabatan Dakwah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Mohd. Kamil Abdul Majid dan Persatuan Ibu Tunggal Terengganu (PITT) menyokong pelaksanaan perkahwinan itu.

Ketika menegaskan pendirian kementeriannya, Shahrizat berkata, umat Islam Malaysia hari ini tidak memerlukan perkahwinan misyar.

“Kenapa perlu, jika diikutkan nisbah antara wanita dan lelaki, ia tidak ketara perbezaannya.

“Malah, isu wanita tidak berkahwin bukan satu masalah dan mereka ini tidak sepatutnya dilayan sebagai kes kebajikan, golongan ini harus dihormati.

“Jangan layan golongan ini seperti itu, sebenarnya mereka ini lebih bahagia daripada memilih untuk berkahwin,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shahrizat mengulas cadangan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid semalam supaya golongan lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.

Malah, Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat.

Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.

Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.

Shahrizat berkata, syarat asas perkahwinan menetapkan bahawa suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada wanita.

Malah, katanya, berdasarkan kajian kementerian mendapati, kira-kira 711,000 keluarga pada 1994 menunjukkan wanita menjadi penyumbang utama kepada pendapatan keluarga.

Beliau juga menegaskan walaupun perkahwinan misyar dipraktikkan di negara Islam lain, ia tidak semestinya wajib diamalkan di negara ini.

“Ini kerana, kita mempunyai cara dan budaya berbeza, tidak sama dengan negara-negara Arab terbabit,'' katanya.

Sementara itu, ketika mempertahankan hujahnya mengenai kebenaran perkahwinan misyar, Mohd. Kamil berkata, amalan itu boleh menjadi satu alternatif untuk membantu golongan wanita yang berdepan dengan masalah atau situasi tertentu.

Katanya, perkahwinan tersebut juga boleh dijadikan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ibu tunggal atau andartu yang berharta.

Beliau menjelaskan amalan perkahwinan misyar ini tidak melanggar hukum syarak, asalkan ia dibuat berdasarkan persetujuan di antara pihak lelaki dan wanita.

“Namun, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih serius serta ditetapkan beberapa peraturan atau garis panduan supaya tidak ada pihak yang teraniaya,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Kamil berharap, semua pihak dapat memandang isu itu dari aspek positif dan tidak hanya melihat dari sudut negatif sahaja.

Di samping itu, beliau turut menyentuh pemahaman umat Islam di negara ini mengenai definisi nafkah batin yang digunakan dalam bab nikah kahwin.

Menurutnya, apabila disebut nafkah batin, ramai yang memikirkan ia hanya berkisar perlakuan seksual semata-mata.

“Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin. Selain seks, berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin,''katanya.

 ———————————————————————————–

I'm still looking for the best answer. I may want to ask Prof. Omar regarding this matter. I dont know what to comment yet!

Khairul

p/s:Nice to be home🙂

Written by khairulorama

May 27, 2006 at 12:02 am

Posted in My Islam, Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: