Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

..Dadah and famili..

leave a comment »

I got this transcript in my email. I like to read matters in RelexJap.

Assalamualaikum.

Bapa saudara saya semua sudah terlibat dengan dadah.
Dari kecil saya didedahkan dengan benda itu. Maka saya
cuba semuanya… tetapi yang kekal ialah pil ecstasy”

Sebak mendengar pengakuan seorang remaja yang baru
mencecah awal 20’an. Kini beliau sudah satu tahun
berada di Raudhatus Sakinah. Pelbagai kisah pahit dan
manisnya berada di dalam satu suasana yang jauh
berbeza dari sebelumnya.

“Saya memberontak …. maklumlah sudah biasa dengan
hidup bebas. Tetapi lama kelamaan – hati saya menjadi
lembut…”

“Dulu saya tak pandai membaca Al-Quran sekarang dah
boleh. Kekadang saya tertanya-tanya – Saya meminta
cahaya matahari tetapi tuhan turunkan petir dan kilat.
Rupa-rupanya tuhan nak hadiahkan saya pelangi….”

Yang membuat saya begitu tersentuh ialah bagaimana
keluarga saya masih menyayangi saya – walaupun saya
berkeadaan begini. Mereka tidak pernah menyisihkan
saya”

Pengajaran bagi kita – walau bagaimana “jahat”
sekalipun anak kita, jangan sekali-kali kita
tinggalkannya. …. mana tahu satu hari dia akan
berubah seperti mana remaja di atas itu tadi.
Iringilah usaha memulihkan remaja kita dengan doa
kepada Allah swt. Sesiapa yang teringin nak ikuti
sepenuhnya temubual saya dengan remaja itu boleh klik
ke laman web ini:

http://www.youtube. com/watch? v=9Qo7tc6qbVM

Seperkara lagi – usaha hendak memulihkan penyakit
dadah mahupun apa jua penyakit sosial sekarang ini –
perlu dilakukan dengan ikhlas dan dilandaskan dengan
Islam.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

Read on

Listening to Running Away, Mary J. Blige.

Written by khairulorama

July 23, 2007 at 8:25 pm

Posted in Internetology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: