Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

.. Cadangan lanjut tempoh khidmat wajib doktor kerajaan

leave a comment »

.. I refuse to read the statement above. BH

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.
WTF !

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan yang berlaku saban tahun.
l
Pada tahun lalu, katanya, negara menghadapi masalah kekurangan doktor seramai 5,000 orang.

“Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk housemanship (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

“Sistem ini digunapakai sejak 1971, maka kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini hari ini.

Doktor-doktor melarikan diri daripada berkhidmat kerana tiada badan yang menjaga kebajikan doktor secara amnya.

Murugiah berkata, jika cadangan itu direalisasikan, doktor akan dapat menimba lebih pengalaman sebelum berkhidmat dengan syarikat swasta atau membuka praktis mereka sendiri selepas itu.

“Doktor tidak patut hanya memikirkan mengenai keuntungan, mereka juga harus berfikir mengenai kepentingan negara, sumbangan mereka kepada negara,” katanya.

sumbangan kepada negara ! Doktorlah yang menyumbang paling banyak kepada negara !
We worked for menial payment.

Murugiah berkata, cadangan sama boleh digunapakai untuk bidang-bidang lain yang turut mengalami kekurangan penjawat termasuk doktor gigi dan ahli farmasi.

Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membincangkan cadangan itu dan memutuskannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi tahun lalu, kerajaan melantik seramai 50,756 penjawat awam termasuk calon latihan separa perubatan melebihi sasaran yang diletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu 50,000 lantikan.

“Sebanyak 7,785,262 permohonan diterima, dengan 358,366 pemohon dipanggil temuduga tetapi hanya 199,660 hadir untuk ditemuduga, katanya. – Bernama

Written by khairulorama

January 30, 2010 at 1:22 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: