Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

.. Fungsi sebuah penulisan..

with one comment

Fungsi sebuah penulisan
oleh Muhd Khairul (https://khairulorama.wordpress.com)

Bagi seorang sasterawan, mungkin menulis adalah untuk menyampaikan ayat- ayat bungaannya. Bagi seorang doktor penulisan adalah pemangkin kepada kajiannya. Tetapi penulisan mempunyai skop yang lebih besar.

Penulisan mampu menyuntik kefahaman dan ism. Tidak kira apa jua fahaman atau ideologi. Melalu penulisan kefahaman itu kekal dan di bawa dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Lihatlah hasil usaha Umar al- Khattab yang telah mengambil inisiatif untuk membukukan firman Allah. Lihatlah betapa hebat kesan daripada usahanya.

Apa lagi dalam dunia siber yang amat pantas. Perlulah ada kesedaran dalam pemikiran penulis-penulis untuk menulis dengan lebih banyak bukan satu. Tetapi mungkin juga ribuan artikel dalam masa satu minggu. Saya percaya tidak kira apa jua bahasa, apa jua keadaan penulisan yang berpengaruh dan mempunya isme perlulah ditulis berkali- kali untuk menguatkan pengaruh itu.

Tidak perlu untuk saya memberitahu, apakah contoh penulisan yang berupa fahaman atau isme. Terlalu banyak. Penulisan itu adalah satu jihad yang berterusan.

Bukan itu sahaja, penulisan memberikan penjanaan idea baru. Idea baru diperlukan untuk pembahuruan pemikiran dan konsep. Penulisan yang hebat mampu menumbangkan penjajahan dan konsep-konsep autonomi. Itulah kuasa penulisan.

Bukan itu, sahaja penulisan mampu meluaskan pengaruh sesuatu budaya. Ia akan mengekalkan pengaruh dan meluaskan idea anda.
Jadi tulislah dengan nama- Nya.

Akhirnya, penulisan yang hebat dapat membunuh. Ia memberi kredentials kepada sesiapa ynag diinginkan. Penulisan yang hebat lebih tajam daripada mata pedang. Bukan omong- omong kosongan. Pada sasterawan melebarkan sayap pengaruh kepada pembaca. Pada budayawan ia menyuntik kecintaan kepada bangsa dan negara. Pada politikus ia memberikan kelebihan nyata daripada mereka yang hanya berjanji palsu.

Ya itu lah kehebatan sebuah penulisan.

Written by khairulorama

July 17, 2010 at 4:23 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 4. Fungsi sebuah penulisan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: