Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

.. Prolog Otak Generik ..

with one comment

Prolog

oleh Khairul

Aku mempunyai sejenis penyakit yang pelik. Hanya lima orang sahaja di dunia ini yang  mempunyai penyakit sepertiku. Malah pakar perubatan daripada Institut Penyelidikan Kesihatan terkemuka pun, masih belum kenal pasti jenis penyakitku. Masih lagi dalam penyelidikan, masih lagi dalam kajian. Itulah jawapan yang diberikan oleh pakar-pakar kesihatan.

Dilahirkan dalam keluarga India, aku mempunyai kulit yang putih. Ya, aku albino!  Pigmentasi hitam dan coklat tidak berlaku untuk aku. IQ aku biasa sahaja. Seperti orang kebanyakan aku juga bekerja, mempunyai pekerjaan tersendiri yang biasa-biasa. Dua pekerjaan, sebelah siang sebagai seorang kaunselor dan sebelah malam aku adalah seorang penyuntik maklumat kepada kerajaan. Maklumat – maklumat sulit. Highly classified

Aku tidak memakai cermin mata. Walaupun aku rabun jauh, aku tetap mampu melihat dengan mengubah lensa mata secara manual. Penglihatan astigmatisma, aku mempunyai kornea mata yang tidak rata. Memerlukan lensa atau kanta mata yang mempunyai permukaan yang khas.

Berbalik semula kepada penyakitku. Telah aku jumpa lebih dua puluh pakar perubatan, namun belum ada yang satu dapat mengesahkan masalah aku. Aku telah mendapat semua  jenis scan. Semua jenis MRI. Dua konsultasi daripada Klinik Mayo dan satu konsultasi daripada Harvard Medical. Dari hujung kepala ke hujung kaki, doktor telah memeriksa. Jantung ku mempunyai empat ruangan. Paru- paruku mempunyai masalah pengerasan ( fibrosis). Mataku bergerak sendiri atau dalam bahasa perubatannya nystagmus. Jari – jari lebih panjang daripada orang biasa. Buah pinggangku ada tiga, bukan dua. Ya, semua organ sudah diperiksa. Otak aku biasa-biasa sahaja. Fisiologinya aku ini orang biasa.

Namun, ada yang aku tidak pernah beritahu kepada doktor- doktor ku. Aku dapat meramal  masa hadapan dengan tepat. Itulah kebolehanku. Dan aku mempunyai satu rahsia untuk diberitahu.

Written by khairulorama

July 31, 2010 at 2:31 pm

Posted in Uncategorized

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Otak generik ( unpublished) – A story of a rare genetic disorder […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: