Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Menghadapi kebuntuan idea, apa yang perlu buat kalau idea anda kering? Facing writers block.

with 3 comments

Terdapat pelbagai cara dalam menghadapi kebuntuan idea atau writer’s block. Kebuntuan idea ini amat mengecewakan apabila, ketika anda baru sahaja berada dihadapan komputer, anda kadangkala tidak mampu menaipkan apa yang ada dalam minda anda. Anda tidak berdaya menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat sekiranya masalah kebuntuan idea ini berlanjutan.

Antara cara- cara menghadapi masalah kebuntuan idea ini adalah dengan berikut.
Anda memerlukan pembacaan yang meluas untuk mencipta dan menghasilkan idea baru. Idea yang sensasi, segar dan original akan menghasilkan kandungan yang menarik. Idea yang ‘novelle’ akan menarik perhatian dan malah mencetuskan perubahan tren.

1. Penterjemahan
Penterjemahan akan menghasilkan idea yang baru dalam budaya Amatlah digalakkan untuk melihat idea yang diluar daripada pembudayaan yang tidak lari dari Islam. Budaya dan cara hidup yang berbeza akan menghasilkan perbezaan pemikiran. Idea baru yang timbul daripada asimilasi budaya yang berbeza akan menginovasi idea- idea lama. Cubalah, baca akhbar daripada Jakarta, Singapura dan Brunei untuk mencari idea-idea daripada Nusantara. Carilah artikel daripada, Mesir, Jordan dan Timur Tengah untuk melihat model permikiran dan ceritera budaya sana. Lihatlah dan kaji pembudayaan Jepun dan Korea untuk diambil sebagai budaya kerja. Lihat sebelah, Amerika untuk pergolakkan dunia dan kapitalis ekonomi sebagai usaha mencari idea.

2. Komentari kepada Jurnal
Ambil masa untuk membaca Jurnal yang berada diinternet. Jurnal yang berada diinternet adalah kepelbagaai. Daripada jurnal kajian genetik kepada jurnal perubatan eksperimental. Daripada kisah jurnal cinta hingga teknologi perfileman. Terdapat satu spectrum yang amat luas, dalam mencari idea untuk penulisan. Tepuk dada, tanyalah selera.

3. Pusat Freelance ( Elance/ Jobstreet)
Laman web seperti ini menyediakan ruang kerja kepada penulis freelance. Jadi kajilah perkara yang ingin disediakan oleh industri. Apa yang diperlukan dalam industri dan saingan yang wujud.

4. Idea – idea rawak ( Random generator)
Untuk mereka yang amat terdesak dalam mencari idea. Penghasilan idea secara rawak juda berada di internet. Gila bukan. Contohnya http://words.bighugelabs.com/plot.php
Homepej ini menawarkan penghasilan idea secara rawak yang dihasilkan oleh komputer. Mudah sahaja, watak, perlakuan, adjektif dan klise . Semua komponen tersebut maka terhasilah plot

5. Isu semasa
Ini merupakan perkara yang paling mudah dalam menghasilkan penulisan. Kumpulkan lima hingga enam artikel atau keratan surat khabar untuk dianalisa. Carikan statistik dan pendapat yang authority dalam displin tersebut. Komentari dan idea yang dihasilkan adalah idea yang lebih kompak dan ringkas untuk pembacaan umum. Begitu juga komentari mengenai bencana dan permasalah kemanusiaan. Malah untuk menghasilkan fan fiction daripada wayang – wayang kontemporari juga dapat mengahasil penulisan yang lebih luar biasa.

Nasihat kepada diri, biasanya idea yang pertama adalah tidak berguna, tetapi, idea yang kedua daripada idea yang pertama, idea yang ketiga daripada idea kedua adalah yang lebih berinovasi.

 

Bacalagi

https://khairulorama.wordpress.com/2010/07/06/how-do-i-overcome-writers-block/

Written by khairulorama

November 7, 2010 at 3:51 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Catitan dan rujukan lama juga mampu membantu anda menulis. […]

    Lubuk idea « Khairul-o-rama

    November 21, 2010 at 9:58 am

  2. […] 8. Menghadapi kebuntuan idea, apa anda perlu buat kalau idea anda kering?  […]

  3. Pada saya buntu idea ini boleh dirawat dengan pemakanan yang boleh menjana minda sebab makanan memainkan peranan penting bagi kesihatan bukan hanya fizikal malah minda juga boleh dipengaruhi oleh makanan contohnya kismis boleh meningkatkan ingatan, jadi kena cuba pula cara dengan makan makanan yang boleh meningkatkan potensi otak.

    MindaGXTRA

    November 21, 2011 at 11:36 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: