Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Tariqat M.Nasir dalam lagu Laggam Pak Dogo

with 15 comments

( Anda akan lebih faham post ini, kalau-kalau anda rajin membacanya!)

Langgam Pak Dogo

Tabik sikik bjale pengasuh
kalau banyak blari
arok tibo menuju
ai di pade luah sejano.. pade.. che wea..

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!

Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan duk nengung sugul (terus masygul)
Adat wira haruh tehe uji

dan kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

c/o :
Langge Dogo langge keramat
Bisik-bisik dale kelambu
Lagok bodo tapi bersengat
bele ngelik (Sambil elak) dia main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh

Bersamunglah litar (petir) dentung dente
Hujan tak turun laut berlimpahea
ghalik (Asyik) merancang dendam sribu male
koho sie koho bergando rawea
(Siang menerang semakin berganda rawan)

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujung pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

Mungkin anda tidak setuju dengan artikel dan penafsiran ini. Ini adalah tafsiran kontemperari aku kepada lagu Langgam Pak Dogo. Pada pertama kali aku mendengar lagu ini, aku jadi heran dan kelu. Apa maksudnya Pak Dogo ini. Seorang manusia apa jenisnya?

Akhirnya dapat juga aku memahami lagu Laggam Pak Dogo. Langgam pada dasarnya maksudnya, bunyian muzik atau yang aku fahami adalah penceritaan. Jadi maksud Langgam Pak Dogo, adalah penceritaan perjalan hidup Pak Dogo.
Siapa dia Pak Dogo?

Pada aku, Pak Dogo adalah representasi yang sepatutnya. Idealistik kepada kejadian manusia. Pak Dogo adalah contoh protaganis dalam lagu ini. Pak Dogo juga pada aku adalah seorang tentera sufi dalam saliknya. Pak Dogo adalah seorang sufi yang ingin hidup dalam pencarian definitif Tuhan. Pak Dogo mungkin mencari erti Tuhannya dan dirinya dalam perjalanan hidupnya. Pak Dogo dalam dunia wayang kulit pula adalah seorang pengasuh kepada kerajaan dan pemerintahan.

Pada rangkap pertama lagu ini,

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!

Apa maksudnya ya? Rindu menikam dek cinta Sita, Mungkin maksudnya, manusia mempunyai keinginan yang kuat kepada kejayaan. Cinta Sita adalah manifestati kepada kejayaan. Hilang bekas hilang sisa amarah, maksudnya manusia perlu berubah kepada yang lebih baik dalam matlamatnya mencari kejayaan. Hilang bekas mungkin bermaksud, perubahan kekal pemikiran akan merubah manifestasi lahiriah manusia. Mungkin maksud, bongkar akar, bongkar mimpi suralaya bermaksud, mencari erti kehidupan melalui pengkajian dan rumusan kepada akar, dan impian- impian manusiawi.
Datang bingung berpauluan di ambang yuda, mungkin maksudnya, lahirnya kita ke dunia ini secara gahnya, mempunya misi, tetapi misi yang kita akan hadapi ini adalah “ diambang yuda” sebuah peperangan di dunia. Perang apa ya? Peperangan dengan diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Pada ayat seterusnya, “ajak menung bawah panji wilmana”, mungkin maksudnya, penulis mengajak kita berfikir dibawah kekuasan yang diberi pada kita, sepertimana wilmana bermaksud sebuah jentera, kenderaaan dan kekuasaan. Mungkin juda bermaksud, panji wilmana adalah diberikan kekuatan sementara untuk kita membuat keputusan. Dan pada akhir rangkap, apa hikmah tersemat dibalik perintah! Bermaksud penulis bertanya, mengapa dan apa tujuan kita berada di muka bumi Tuhan ini.

Pada rangkap kedua,

Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji

Pada rangkap ini, agak mudah maksud literasinya, temu hulu hilir menyusur, bermaksud, sekiranya kita bertemu dengan pengertian hidup ini, maka tahulah jalan mana yang perlu diambil dan diellak. Adat hidup temukan mati, bermaksud, itulah hakikat sebenar kehidupan manusia yang daif, ada mula dan ada akhir. Pada dua ayat terakhir rangkap ini, jangan tuan terus masygul, dan adat wira harus tahun uji, bermaksud, seharusnya kita seharusnya sedih dan duka dalam menghadapi ujian hidup, kerana diturunkan kita sebagai khalifah atau wira yang harus kebal dan resilent dalam menghadi dugaan dan peperangan diri sendiri ini.

Pada rangkap ketiga

Dan kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

Rangkap ini, menceritakan keazaman untuk berubah. Maka penulis berjanji bahawa sudah masanya menghadapi keadaan walau bagaima perit pun dan peperangan dengan dirinya. Titian takdir seruncing manapun ku seberangi, maksudnya, segundah manapun keadaan realiti ini, akan di seberangi atau dihadapi jua. Di mulut naga gemala sakti terkunci, maksudnya, di manifestikan sesuatu yang amat susah dan berisiko itu sebagai mulut naga, dan kejayaan peperangan itu memerlukan risiko. Maka ,kan ku sambar ku rampas jadikan bukti, maksudnya penulis akan berubah pemikiran dirinya untuk menjadi lebih baik sehingga menjadi contoh. Kesimpulan pada rangkap ketiga ini, penulis yang berjanji akan berubah menjadi lebih baik dan akan dibuktikan kebaikannya itu.

Pada korusnya pula

Langge Dogo langge keramat
Bisik-bisik dale kelambu
Lagok bodo tapi bersengat
bele ngelik (Sambil elak) dia main siku

Inilah korus yang amat sulit maksudnya. Penghidupan Pak Dogo adalah bagaikan seorang sufi, bisik- bisik dale kelambu, maksudnya, ketika manusia lain sedang enak dalam ketiduran, seorang sufi sedang mengabdikan dirinya kepada Tuhan. Ia juga bermaksud Pak Dogo, yang botak itu, sedang sibuk dalam saliknya. Sibuk dalam pengkajian dan pemerhatian, fikir dan zikirnya. Bisik- bisik maksudnya mungkin sedang sibuk berzikir. Lagok bodo tapi bersengat, maksudnya, inilah berwatakan Pak Dogo, Nampak diam dan bersahaja, tetapi mempunyai ilmu yang tinggi, perwatakan yang hebat, serta fizikal yang adanya. Bele ngelik dia main siku, maksudnya, perwatakan Pak Dogo ini, sebenarnya sentiasa dalam keadaan berhati- hati dalam menghadapi peperangan dunia jiwanya ini. Bele ngelik ( Sambil elak) dia main siku maksudnya, Pak Dogo berwatakan yang oppurtunis atau pandai mengambil peluang dan sentiasa dalam keadaan yang untung. Keadaan yang untung ini wujud di kalangan ahli sufi yang sentiasa memastikan sentiasa untung apabila berniaga dengan Tuhan.

Pada rangkap keempat pula,

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh

Riwayat bermula dari dahulu mungkin maksudnya penurunan salasilah kenabian dan ikutan dalam dominasi ilmu tariqat. Maksudnya, penghambaan kepada Tuhan dan bukan pada dunia ini bermula sejak daripada zaman Adam lagi. Riwayat yang di bawakan oleh seketurunan para nabi, tabiin dan pejuang telah lama diturunkan untuk menjadi pedoman kehidupan. Pandang belakang tersangatlah jauh, maksudnya sekiranya dikaji masa yang telah berlalu amatlah membazir kepada mereka yang tidak berfikir dan mengkaji. Perlu menyilang irama dengan lagu, maksudnya, nasihat untuk berfikir sedalaman dan mencari sumber yang sahih dalam pencarian Tuhan. Pada bait seterusnya, kapal belayar usah dilabuhkan sauh, maksudnya, kehidupan manusia ini sebenarnya adalah sementara dan tidak kekal. Samalah seperti orang yang sedang berdagang. Sementara dan tidak kekal. Asal debua pasti pulang kedebu. Maksud di sini amatlah, mendalam, akan matinya kehidupan manusia ini kepada ruh yang asal. Datang nya manusia ini dalam penciptaan ruh dan akan akhirnya manusia ini kepada ruh semula. Di ciptakan kehidupan manusia ini bukan dengan matlamat yang sia- sia. Inilah tariqat yan dibawa oleh Pak Dogo, tentera sufi itu. Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh, maksudnya, daripada menerima lebih baik memberi sehingga tiada apa. Rebah merempuh maksudnya mungkin, memberi, berkorban atau mujahadah.

Rangkap kelima

Bersabunglah litar (petir) dentung dente
Hujan tak turun laut berlimpahea
ghalik (Asyik) merancang dendam sribu male
koho sie koho bergando rawea
(Siang menerang semakin berganda rawan)

Mungkin pada ayat ini, bersabunglah litar (petir) dentung dente, bermaksud peperangan dengan dirinya. Hujan tak turun laut berlimpahea, maksudnya, adat perang adalah menang dan kalah. Ghalik merancang dendam sribu male, maksudnya sentiasa berada dalam fana untuk mencari Tuhan, kadang kala kejauhan dengan Tuhan. Koho sie koho bergando rawea, maksudnya, tibanya waktu siang terasalah berpisah dengan keintiman merasa kehadiran Tuhan tatkala muncul waktu siang.

Rangkap ke enam

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujung pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

Pada rangkap terakhir lagu ini, keronsang terlekat kerana peniti, mungkin bermaksud yang indah di hadapain kalian mempunyai dasar yang lebih dalam. Keronsang di gambarkan sebagai sesuatu yang material ( lahiriah) manakala peniti yang berada dibelakang adalah representati kepada ghaib dan pegangan kepada keronsang. Pada bait hujung pelangi pula sebabkan igauan, bermaksud dalam dongengan dahulu ada diceritakan akhir atau ekor pelangi itu, adalah tempat harta karun dan rahsia sesuatu macam, namum ekor pelangi itu tidak pernah diketemui oleh sesiapa di alam Melayu. Begitu juga apabila diceritakan tentnag ekor pelangi, rahsia, mistik dan kekutuban idea berada dihujung permulaan pelangi tersebut, Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan dikandung badan, mungkin bermaksud, peperangan memerlukan pengorbanan namun pengorbanan yang terakhir yang boleh dimaterialkan daripada jasad adalah pencarian syahid. Namum, penulis berasa ada ketikanya sudah sampai pengorbanan untuk mencari syahid dalam peperangan tersebut.. Sesaat berangan terlepaslah habuan , ayat ini bermaksud sekiranya tidak focus dan memberikan perhatian dalam peperangan tersebut, maka terlepaslah peluang dan alpa lah akan dia dalam peperangan itu. Ikan tak dapat umpan pula hilang, bermaksud modal yang tuhan berikan iaitu masa hidup hanya akan disia-siakan sekiranya kita berasa lupa kepada matlamat cinta Sita itu.

Itulah interpretasi kepada Langgam Pak Dogo yang aku fahami. Amat mendalam maksudnya, terlalu jauh untuk orang awam mengenali perwatakan Pak Dogo dalam peparangan luar dan dalamannya. Peperangan luarnya adalah untuk kekusaan dunia, dan peperangan dalamannya, adalah peperangan dirinya.

Written by khairulorama

November 14, 2010 at 7:52 pm

Posted in writing

Tagged with

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] M.Nasir songs and failed to interpret his songs, managed to write on Laggam Pak Dogo, Dibalik cermin mimpi dan impian seorang […]

  2. Ini antara intrepetasi saya serba sedikit tentang lagu yang amat menarik dan penuh rahsia yang masih saya cuba saya fahami sehingga kini.. huhuhu

    Hilang bekas hilang sisa amarah – bekas merujuk kepada badan jasmani (?) yang berkehendakkan pelbagai keperluan duniawi (nafsu ammarah). Sikap2 ammarah dalam diri ini perlu dikikis dgn pelbagai ikhtiar dan usaha. Jika berjaya, hilanglah sifat-sifat amarah, naik ke tingkat nafsu (nafsu yang 7 peringkat) yang lebih tinggi.

    Temu hulu hilir menyusul – Cari akidah dan perkemaskan akidah tauhid (syahadah) dahulu (hulu-hadapan-priority). Yakin dengan dua kalimah syahadah yang diungkapkan dengan kefahaman dan keyakinan yang jitu. Insyaallah (hilir-ekornya) yang lain2 akan menyusul dengan lancar, semua dengan paksi kefahaman Tauhid yang digenggam.

    Riwayat bermula dari dahulu – Sejak awal kejadian ruh! Ada perjanjian kita dengan Pencipta.

    Kapal belayar usah dilabuhkan sauh – Perjalanan mencari sesuatu yang amat berharga (seperti dibincangkan Wok Long dan Pok Dogol di permulaan lagu) usahlah dihentikan (dengan melabuhkan sauh). Perlu sentiasa belayar mencari hingga ke nafas terakhir.

    Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh – Lebih baik rebah ketika berusaha mencapai apa yang dicita-citakan daripada tidak berusaha (duduk selesa bertimpuh-statik).

    Hujan tak turun laut berlimpahan – Ajaib! Itulah kuasa Tuhan. Nikmat Tuhan yang Maha Kaya datang dari pelbagai arah yang tak terfikir dan tersangka.

    Bisik-bisik dale kelambu – Rahsia hakikat hanya untuk insan terpilih sahaja untuk dibincangkan. Justeru hanya dibisik dalam kelambu sesama ahli. Jika diperkatakan kepada umumpun amatlah berkias (Lagok bodo tapi bersengat) dan hanya difahami oleh ahlinya sahaja. Contohnya lagu langgam Pok Dogo ni. huhuhu

    Wallahua’lam. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.. huhuhu

    paih

    September 15, 2011 at 1:48 am

    • terima kasih, kerana memberi respon, kadang kadang lagu m.nasir ini terselit maksud-maksud yang susah untuk di fahami, tapi bila di nilai kembali amat mengasyikkan.

      khairulorama

      September 16, 2011 at 3:01 am

    • pada saya lagu m.nasir bersifat keterbukaan yang positif,bermacam-macam segi tafsiran kita boleh buat,pokok nya penerimaan kita sendiri terhadap lagu nie..

      hafizd

      November 14, 2014 at 10:56 am

  3. Best!!
    lagu ni best… interpretasi korang pun best…
    layan sungguh baca post ni…album ni pada gua…album m nasir terbaik sepanjang karier beliau! Lagu lain2 tu (Bonda,Gazal Rabiah, Semerah Padi, Cermin Mimpi, etc) kalau dibandingde ngn kandungan album ni, biasa2 ajer..

    Yang paling seronok ialah kedalaman maksud lagu Pak Dogo ni diceritakan melalui melodi ringkas “major” diselitkan dengan gurauan usikan dua orang tua..intro “tabik sikik bjale pengasuh” pulak dimulakan dengan nyanyian ala2 melodi makyong di sambut dengan gesekan rebab…siot tol M Nasir neh!

    “Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
    Di mulut naga gemala sakti terkunci”

    I like!!

    jenziggo

    September 21, 2011 at 11:50 am

    • betul juga, saya rase sepanjang karier beliau ini adalah lagu yang amat mengasyikkan. Antara lagu-lagu yang banyak memberi manfaat bukan sekadar cinta dunia, tetapi lebih kepada cinta hakiki.

      khairulorama

      September 22, 2011 at 12:13 am

  4. […] sebelum ada juga cuba memberi maksud dan interpretasi kepada lagu Langgam Pak Dogo , kali ini cuba lihat lagu Bila rumi menari.  Lagu aku rasa jauh lebih mudah kalau anda mendengar […]

  5. Saya sgt suke bahagian masuk je rentak muzik lepas dr dialog Pak Dogo… beat muzik tu masuk harmoni je…

    AmaL

    July 3, 2012 at 4:30 pm

  6. Hebat tafsiran anda semua. Bukan mudah nak jumpa manusia yang melihat dari sudut rohani dan jasmani. Melayu bangsa yang hebat kalau mereka kenal jati diri mereka. Malangnya kita terpedaya dengan mata sendiri. Allah tidak zalim melainkan manusia itu menzalimi diri sendiri. Agama itu kita kena teroka dalam diri sendiri. Bravo

    Abah Sharim

    April 10, 2013 at 10:58 pm

  7. Kisah Pok Dogol membawa diri setelah dihalau keluar dari istana oleh Maharaja Serama sebagai pemerintah negeri Kuala Dua ketika itu…

    megatlimie

    July 2, 2013 at 5:26 am

  8. kod gitar pak dogo frenz…

    farishz

    July 4, 2013 at 6:41 am

  9. apa kita cr apa yg kita mahu itulah jawapan yg kita dpt..semua terbaik yg menulis di atas.

    Syawal

    July 19, 2013 at 11:32 pm

  10. Aq rasa aq boleh setuje dengan semua pendapat korang bagi maksud tersirat lagu ni… Terima kasih untuk membuat kami mendengar sambil mengingat Allah…

    Rayza

    August 26, 2013 at 1:28 am

  11. Terima kasih tuan . Intrpretasi membina. Saya harap tuan hasilkan lagi garapan spt ni. Saya seorang pelajar. Sebagai seorang yang berumur muda sperti ni, saya sedar wrga yang berumur seperti saya di luar sana pasti dahagakan ilmu. Kami masih buta. Kami perlukan ilmu.

    AmsJelapNG

    November 26, 2016 at 7:15 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: