Khairulorama. Life and Work Notes.

Pain is the predecessor of success.

Mengapa kita memerlukan ‘ Original articles’?

with one comment

Mengapa kita memerlukan ‘ Original articles’?
oleh Khairul (https://khairulorama.wordpress.com)

Sebelum membicarakan keperluan ‘original articles’, lebih baik kita lihat apa yang dimaksudkan dengan ‘original articles’.

‘Original articles’ atau secara literasinya adalah baharu atau fakta primer. Sumber asal sesuatu data sehingga ia diintepretasikan sebagai maklumat, dan seterusnya sebagai idea yang sentiasa kekal. Penghasilan data – data yang boleh diinferenskan untuk menjadi maklumat dan akhirnya sebagai pengetahuan ( knowledge) diperlukan untuk memperluaskan pengaruh, penjajahan dan menjadi pusat rujukan. Ia bertujuan untuk mendesimenasikan pendapat dan ideologi. Lebih utama adalah ‘propagasi pengideaan’ dan penjajahan pemikiran serta feudalisasi maklumat -‘information feudaulism’

Berbagai rangkaian dan media boleh digunakan untuk menyampaikan ‘original articles’ ini. Spektrum original articles juga amatlah luas ,termasuklah, jurnal, muzik, televisyen, pembacaan akhbar, internet, laman sosial malah corak kepimpinan.

Idea berlawanan untuk ‘original article’ adalah plagiarism dan cetak rompak.

Marilah sejenak kita lihat sekiranya maklumat kritikal dan asli ini hanya berputar pada pihak-pihak tertentu. Tentunya, akan berlaku ketuanan kepada pihak tersebut, sepertimana yang berlaku dalam sesetengah keagamaan, pemerintahan dan konglomerate perubatan dan kemajuan militia.

Untuk mempertahankan ‘original article’, beberapa undang-undang berkaitan dengan perkara disebut diwujudkan iaitu, ‘intellectual property (IP)’ IP ini diwujudkan untuk pengasingan dan polarisasi dua pihak. Yang mengetahui dan tidak mengetahui.

Untuk proses memperoleh idea dan data, universiti dan pusat kajian diwujudkan. Untuk proses mengkomersialkan ‘orginal articles’, wujud karier khususnya dalam bidang penulisan serta jurnal. Untuk menzahirkan IP wujudlah produk, perubatan dan komponen yang semuanya berteknologi tinggi

Jadi mengapa kita memerlukan ‘original article’?

Penaklukan dan ketahanan budaya bangsa adalah tujuan utama dalam mewujudkan lebih banyak kreativiti dan inovasi dalam ‘original article’. Pembaharuan dan perubahan era akan berlaku ketika idea- idea lama tidak diperbaharui dalam dimensi kehidupan kemanusian . Pembaharuan konsep dan epistemology, serta falfasah pemerintahan akan mewujudkan dinamik dalam ketahanan budaya bangsa.

Penghasilan ‘original articles’ mestilah memenuhi proses keilmuan. Contoh krisis keilmuan adalah, terlalu kurangnya secara kuantitatif, kualititatif dan relevensi sesuatu penghasilan data dan maklumat. Malah selepas peringkat penghasilan wujud rintangan dalam implementasi dan aplikasi keilmuan. Data dan maklumat mestilah mahu membentuk ketahanan dan keunggulan replikasi data dan, mampu memberi inferens kepada permasalahan.

Kesan daripada tiadanya ‘original articles’ ini adalah kelesuan ilmu yang akhirnya penjajahan dan penaklukan pemikiran. Tiada idea yang asli menyebabkan keadaan dan sentiasa lemah dan lesu. Akhirnya, kesan lanjutan akhir kemuflisan ‘ original articles’ adalah perhambaan kepada manusia.

Advertisements

Written by khairulorama

November 18, 2010 at 9:29 pm

Posted in articles, writing

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 18. Mengapa kita memerlukan Original articles? […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: