Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Mengapa penulisan membosankan ?

with 2 comments

Saya sering tertanya, mengapa kita di ajar di sekolah dengan penulisan yang amat membosankan?

Mengapa guru-guru kita menyuruh kita membuat kerja rumah yang membosankan?

Mengapa tiada rasa hendak tahu apabila kita sedang belajar?

Adalah alam akademia amat membosankan?

Maka jadilah kita orang- orang yang membosankan, tidak mampu mencipta tren, dan gah dengan penulisan yang membosankan. Maka, kita akan tulis apa yang kita fikirkan menarik walaupun pada hakikat nya apa yang kita tulis adalah kebosanan semata-mata. Apatah lagi membacanya? Tentu sekali membunuh jiwa yang ingin tahu.

Saya sempat ke laman web ini, Jonathan Shorman ” MENGAPA PENULISAN AKADEMIK MEMBOSANKAN” . Pada ayat ketiganya, kita ini semua diajar dalam acara akademik yang membosankan.

Betul juga, kita dilatih dalam cara membosankan. Rutin yang sama. Tiada kontradiksi pemikiran dan ultra – konservatif.

Mungkin betul juga katanya, rumusan dan edit adalah keperluan dalam menghasilkan artikel. Mengurangkan faktor kebosanan dalam tulisan.

Guna perkataan yang mudah. Ayat yang pendek-pendek. Deskripsi yang mudah difahami. Tidak kompleks.

Katanya lagi, penulisan mestilah efektif. Bukan yang berjela- jela panjang tanpa menghasilkan apa- apa maksud. Cuba anda lihat dimanakan tempatnya anda akan menulis, semestinya  dua hingga tiga ayat di Facebook, dua tiga patah perkataan di Twitter, terkadang anda mempunya kelapangan mungkin 200-300 patah perkataan di blog masing-masing.

Katanya lagi, untuk menarik perhatian dalam sesuatu penulisan yang membosankan, ia mestilah pendek dan tepat. Malah cikgu mengajar untuk menulis, penulisan akademia yang amat-amatlah jarang ia ditulis.

Mana perlu sebuah thesis untuk menyatakan anda hendak bercinta dengan si dia, mana ada ‘manual operating system’ untuk mengatakan , aku minta maaf pada mu, mana dia ‘standard operating procedure ‘ untuk aku rasa, pendapatmu itu ada kebenarannya.

Jadi persoalannya adakah penulisan mestilah berbentuk popularisme, daripada berbentuk akademia?

Written by khairulorama

November 18, 2010 at 6:48 pm

Posted in articles, writing

Tagged with , ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. @Khairul,

    Penulisan saya masih menghambarkan.
    SOP, Manual masih menjadi kawan saya.🙂

    Khaidir

    Khaidir

    December 21, 2010 at 4:35 pm

  2. […] 6. Mengapa penulisan membosankan? […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: