Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Berapa banyak anda membaca dan menulis dalam satu hari?

with 2 comments

Untuk memaksimum penggunaan masa bagi seseorang, mungkin sepanjang masa hayatnya hanya perlu di manfaatkan dengan membaca dan mengkaji dan menulis. Tidak kiralah kalau yang di kajinya itu, apa sahaja, materilistik, metafizik , kajian agama malah sifat haiwan pun boleh di kaji secara mendalam.

 

Buat masa ini, anda mungkin ada terbaca di ruang sebelah Barat sana, sedang di adakan pertandingan National Novel Writing Month . Satu pertandingan di kalangan penulis untuk menghasilkan novel dalam apa jua sekali genre. Apa sahaja jua yang dibincangkan.

 

Apa sahaja cara ceritera. Malah pada pandangan umum, mungkin usaha itu sia-sia sahaja jika kalah dalam pertandingan tersebut. Tetapi sebaliknya harus difikirkan bahawa, dengan wujudnya lebih banyak karya maka mutu cerita, mutu pembahasaan dan gaya serta watak dapat dicipta dalam bidan fiksyen. Lebih besarlah penciptaan dan peluasan pemikiran bangsa serta bahasa tersebut. Untuk memajukan sebuah bangsa, penulisan dalam bahasa bangsa tersebut mestilah dimanfaatkan. Penggunaan bahasa nasional dalam sebuah bangsa akan meluaskan pemikiran dan pembudayaan sahsiah dalam citarasa dan acuan bangsa tersebut. Maka anda sepatutnya menulis dan menulis, berfikir dan menulis.

Mungkin itulah caranya peluasan pengaruh pemikiran akan tersebar?

Untuk pengetahuan anda, matlamat NaNoWriMo adalah untuk menghasil 175-200 muka surat aneka cerita yang boleh dihantarkan untuk publikasi setelah dipilih oleh juri. 200 muka surat memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 patah perkataan atau lebih.

Tidak kiralah, kalau yang  anda tulis itu mengarut, contohnya sifat seekor anak katak puru, bermain piano di kala subuh, atau mengkaji kebarangkalian ular lidi itu bertelur,  atau budak itu di dalam laci ,  sebenarnya,  peluasan idea ituwujud dalam aturcara dan citarasa bangsa.

Maka apalagi, baca dan tulislah. Biar tinggi bahasa kita ini, biar berfikir orang-orang kita, biar kita menghargai lebih idea-idea  daripada materialis semata-mata. Kita bukan benda mati , tetapi benda yang sentiasa berfikir.

Advertisements

Written by khairulorama

November 21, 2010 at 2:40 am

Posted in writing

Tagged with ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. @Khairul,

    Saya cuba tetapkan 2 buah majalah berkaitan kewangan dibaca untuk sehari. (kadang-kadang gagal juga)

    Khaidir

    Khaidir

    December 21, 2010 at 4:31 pm

  2. […] 1. Berapa banyak anda membaca dan menulis dalam satu hari? […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: