Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Budaya Menulis

with 2 comments

Budaya menulis adalah teras kepada proses saintifikasi masyarakat. Budaya menulis bukanlah untuk difokuskan hanya semasa dalam kelas atau sekadar keperluan menulis laporan.

Sebenarnya, budaya menulis lebih besar daripada keperluan menulis itu sahaja. Ia memerlukan pembudayaan iaitu melibatkan aktiviti melihat, mentelaah dan berfikir. Ia memerlukan dimensi rohaniah dan jasmaniah. Aktiviti menulis ini boleh jadi apa sahaja, kajian persendirian – contohnya, http://obesitikanak.blogspot.com/, kajian kebudayaan dan pemikiran, falfasah pembangunan negara contohnya, Minda kelas pertama , dan penghayatan pemikiran tokoh-tokoh, contohnya, Prof. Ungku Aziz

Budaya menulis juga  bukan sekadar bertujuan keuntungan yang singkat. Ia akan menghasilkan impak yang berpanjangan. Penulisan yang baik merentasi zaman dan pemikiran. Contoh yang saya amat kagumi adalah tulisan Al-Ghazali al-kimiya as-saadah Kimia kebahagian dan sudah tentu sekali usulluddin. Tulisan Al- Ghazali ini merentasi masa, ia ditulis kira-kira 1100 M dan masih dibaca sehingga kini. Al-Ghazali, satu contoh orang baru dizamannya. Nah, diumur 40 tahun sudah ratusan kitab dikarangnya. Sehingga nyawa dicabut pada umur yang muda, tapi meninggalkan khazanah ilmu yang maha hebat.

Contoh lain, penulisan yang merentasi zaman adalah sekarang yang sedang saya mengkajinya, Dead Sea Scrolls. Penulisan Dead Sea Scrolls mempunyai nilai yang amat tinggi pada ukuran dan pertimbangan peradaban manusia.

Budaya menulis yang mantap akan menghasilkan lebih banyak karya yang mampu berdaya saing dan memberikan impak kepada peradaban manusia. Ia juga adalah translasi yang terus daripada benak hati dan pemikiran.

Permasalahan dalam budaya menulis ini, adalah rasa tiada keperluan untuk menulis. Rasa rendah diri untuk menghasilkan karya yang pendek dan mudah-mudah. Saya yakin menulis bukanlah satu bakat semulajadi. Tetapi adalah berteraskan latihan dan kesungguahan untuk menulis. Untuk menyiapkan artikel yang hebat memerlukan pemikiran yang jelas dan cerah hati.

Kalau kita telah diberikan kitab yang hebat – iaitu Al – Quran, Injil dan Taurah mana mungkin kita tidak dapat menghasilkan penulisan yang hebat. Sumber kita dari terus melalui wahyu yang disampaikan. Yang utamanya adalah kesungguhan untuk menulis dan pengembangan ideologi yang betul dan lurus melalui penulisan.

Rasa tiada keperluan menulis ini sebenarnya meruntuhkan pengembangan peradaban. Hipotesis ini boleh diuji sekiranya, kita mengimbas semula sejarah negeri kita ini sendiri sahaja. Berapa banyak kitab -kitab purba yang negeri Melayu ini ada, selain daripada Sejarah Melayu ( Sulalatus Salatin) tulisan Tun Sri Lanang. Manalagi kitab – kitab purba kita ( walaupun tarikh nya baru sekitar 1612 M) . Tarikh untuk the Dead sea scrolls adalah sekitar 70 sebelum Masihi . Sejarah dan pembudayaan kita masih lagi pendek-pendek. Belum ada penulisan yang agung kita sudah lahirkan. Dengan itu, saya merasakan bahawa kesuluruhan proses saintifikasi masyarakat perlulah bermula dengan penulisan.

Walaupun penulisan itu kosong-kosong, tetapi sebenarnya ia melambangkan kewujudan dan peradaban. Untuk menjadi sebuah negara yang maju , berwarganegarakan rakyat minda kelas pertama, perlulah budaya penulisan ini di galakkan.

Permasalahan kedua dalam budaya menulis ini, adalah kurangnya pencerapan dalam hal harian. Penulisan yang mudah-mudah dapat dibuat melalui pencerapan ( observational). Seperti yang diajarkan dalam kurikulum kita, pencerapan penting untuk menghasilkan minda yang kritikal dan kritis. Pencerapan penting untuk membuat tafsiran yang tersurat dan tersirat.  Pencerapan yang maju dapat menghasilkan dispilin saintifikasi yang lebih terkehadapan. Tetapi pencerapan yang berkesan ini memerlukan latihan dan inovasi yang hebat.  Pencerapan yang hebat seperti kata Ainon Mohd ( PTS) dapat menghasilkan “anti-thesis” dan “synthesis”. Anti thesis ini menghasilkan lebih banyak cabang-cabang persoalan.

Ketiganya, mungkin kita ini bangsa yang benak, leka dalam lena. Pembudayaan menulis menuntut pemikiran inovatif. Inovasi pemikiran menuntut kepada pembacaan. Selangit tinggi kita baca, lagi lemahlah pengetahuan kita. Isu pembacaan ini sebenarnya isu yang lapuk. Sudah bertahun-tahun masalah membaca ini tidak diselesaikan. Namun, definitifnya membaca ini seharusnya dipupuk dari kecil lagi. Peluasan horizon pembacaan akan menghasilkan banyak persoalan dan inovasi idea  yang menjadi bahan penulisan.

Peluasan pemikiran akan berlaku sekiranya bahan pembacaan dalam konteks acuan kita dapat disebarkan

Seterusnya, permasalahan budaya menulis ini, adalah  masalah penambahan dalam budaya. Budaya menerima dan tidak mengkaji menjadikan kita lemah dan leka untuk menerima. Berbeza dengan budaya menulis, ia memerlukan usaha kreatif dan bebas .

Kesimpulannya, budaya menulis adalah penting untuk memastikan kelansungan perabadan. Kuasa sebuah tulisan mampu merubah peradaban yang memberi navigasi kepada perubahan arah kemajuan. Penulisan yang hebat dapat merentasi era dan pagar masa.

Written by khairulorama

December 5, 2010 at 4:37 pm

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. “Umur manusia sangatlah pendek, maka sambunglah dengan tulisan.”

    kunjungan balik dari Semarang, Indonesia.
    Salam.

    gurusatap

    September 4, 2011 at 2:59 am

  2. […] 2. Budaya menulis. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: