Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Apa jadi apabila Google membuka kedai buku ?

with one comment

Google telah mengumumkan di New York Times untuk  memulakan operasi jual-beli buku e-book melalui portal pencariannya dan Google.ebook. Apa akan jadi pada kita?

Produk utama Google, adalah hanya format e-book sahajadan mempunyai lebih dari 3 million tajuk.

Pada masa yang sama , Google sedang merangka strateginya untuk ” conquest of knowledge” – memegang kerusi penyusunan ilmu melalui portal pencariannya.

Google’s Book Search- sebenarnya telah membenarkan 20% daripada bukunya untuk disiarkan secara “excerpt” bertujuan promosi online setakat ini.

Matlamatnya, adalah untuk membenarkan kawalan google terhadap akses kepada buku -buku ini . Usaha ini sebenarnya bermula sejak 2004, 5 tahun dahulu sebagai persiapan untuk memantapkan urusan penjualan ebooknya,

Google telah mula mendigitalkan buku-buku yang sudah lapuk tetapi masih berharga ideologinya untuk tujuan penyelidikan keilmuan di dunia internet.

Walaupun pada dasarnya, Google hanya memberikan servisnya di USA, pada hakikatnya ia menjual akses kepada  ilmu yang mempromosi idea-idea mainstream dan bukan idea-idea reformis dan islamik.

James Crawford, salah seorang daripada jurutera Google  eBooks, mengatakan , ” Idea yang utama adalah menyediakan perkhidmatan untuk membeli buku dimana-mana dan membaca di mana-mana”

Bukan itu sahaja, malah Google ebook mempelbagaikan ” customer – oriented, market driven” dengan memberi kemudahan untuk pembacaan  di  gajet Android ,iPhones, dan iPads.

Malah, Google ebook juga akan membuka program affiliates untuk meluaskan lagi prospek dalam perniagaannya. Selain dari itu, buku – buku yang dijual di Google ebook adalah pada harga yang amat murah dalam USD1 sehingga USD 300.

Mampu milik ebook.

Penerusan eksploitasi ini juga akan dikembangkan kepada laman sosial malah akan meletupkan lagi pengembangan ilmu di sebelah dunia sana.

Persoalannya apa akan jadi pada karya-karya selain daripada yang telah dijual di Google. Apa akan jadi kepada penulis kecil-kecilan apabila kuasa dominan ilmu ini mengambil alih urusan akses kepada penghasilan ilmu.

Saya sendiri amat kecewa, kerana tidak dapat mengakses artikel – artikel baru, yang dihasilkan di New England Journal dan Nature.

Nantikan pula, Google menguasai peradaban penyusunan ilmu, saya pasti ilmu yang sampai di Malaysia ini adalah ilmu tahun-tahun terkebelakangan.

Nanti yang kita baca hanyalah, retorik Bernard Shaw, bukan daripada A.Samad Said.

Tambahan pula dengan kemalasan kita menulis, maka ilmu  yang kita ada- yang lapuk-lapuk sahaja. Mungkin ada orang bijak pandai yang mengatakan, kalau karya anda hebat pasti ada yang membacanya. Saya tidak percaya.  Karya hebat yang  tidak dapat dipromosikan akan mati terkubur di internet sahaja. Mungkin akan dapat dibaca dan dimanfaat apabila penulis itu telah mati nanti.

Kalau lebih banyak ilmu kita, maka lagi pandailah orang kita.

Penghasilan originaliti dalam proses keilmuan adalah amat penting supaya kita dapat menjadi yang terkehadapan. Mungkin kita tiada dominansi dalam karya popular, tetapi kita perlu menjadi teras  kepada perilmuan sosiologi terbaik, keagaamaan Islam, dan pusat ilmu moraliti untuk menjadi sebuah peradaban yang berakhlak. Bukan seperti mereka yang hilang dalam orientasi pemikiran saintifik yang berakarumbi  keuntungan.

Maka semestinya ada keperluan untuk kita menulis dan membaca untuk usaha kita mengembangkan peradaban Islam kemelayuan dalam arena perkembangan globalisasi seantero dunia.

Ingat kita ada dua, dunia dan akhirat. Istilah baru hari ini ialah feudal informasi. Penjajahan neo-globalisasi melalui sekatan intellektual.

Advertisements

Written by khairulorama

December 7, 2010 at 9:53 am

Posted in self publishing

Tagged with , , ,

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 9. Apa jadi pada Google dan kedai bukunya?  […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: