Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Menulis sebagai tradisi kehebatan bangsa

with 2 comments

Saya ingin mengajak sahabat dan ahli keluarga untuk belajar dan memperbanyakkan penulisan. Ini kerana penulisan ini adalah tradisi orang- orang yang hebat. Penulis yang hebat dapat menjual ideanya, supaya dapat mempengaruhi orang  lain menjadi lebih baik. Kata Prof Sidek Baba, ” Tradisi Islam memang mendukung sama amalan berkarya. Amalan berkarya ini menjadi syarat bagi ilmuan terbilang dalam semua bidang”

 

Terdapat pelbagai manfaat dalam menulis artikel

1. Menjadikan pertimbangan ( pemikiran) lebih baik

Dari sudut membuat keputusan, menulis dapat memberikan konseptualisasi kepada pertimbangan. Ia menjelaskan lagi permasalahan. Maksudnya, dengan menulis anda akan dapat menbuat keputusan dengan lebih tepat dan berkesan. Penulisan melatih kita membuat keputusan yang kena pada keadaan. Latihan membuat keputusan ini dapat ditampilkan dengan penulisan. Contoh, penulisan yang ‘argumentative‘ menajamkan lagi keputusan daan pertimbangan anda.

2. Menjadikan anda lebih bermaklumat

Menulis menutut supaya anda membaca dengan lebih banyak. Keupayaan menulis seseorang adalah lansung daripada pembacaan yang lebih. Lebih banyak anda membaca, maka lebih banyaklah idea untuk menulis. Penulisan yang berkualiti memerlukan asas kepada pembacaan yang banyak. Selain daripada itu, menulis memerlukan diskusi dan bukannya seorang diri. Tidak kira kemahiran berkomunikasi itu melalui media yang terus ( direct) atau secara tak lansung ( indirect). Komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan penulisan anda lebih serius dan dapat dimanfaatkan.

3. Menulis menjadi latihan fokus  kepada spiritual

Menulis memerlukan latihan yang intensif spiritualiti anda. Ini bermaksud, dengan menulis anda akan berhadapan dengan pelbagai keadaan yang mengalihkan tumpuan atau mencuri fokus anda. Menghasilkan penulisan memerlukan ‘stream of thought’ yang jelas dan tidak berpusing-pusing. Belajar fokus ini adalah keupayaan yang tinggi. Masakan, ayat wahyu perta itu iqra’. Membaca menjadi stimulasi menulis, dan menulis adalah stimulasi untuk terus membaca. Latihan memfokuskan kepada menulis ini penting untuk menghasilkan karya-karya yang bermanfaat.

4.  Penulisan menjadi jambatan kepada idea – idea

Idea tidak pernah mati. Penulisan yang hebat mempunyai kelansungan daripada idea-idea hebat. Penulisan dapat mengekalkan identiti, idea dan falsafah pemikiran setempat seterusnya menyebarkan idea itu kepada orang lain.  Idea -idea yang original dan hebat ini amatlah penting untuk meneruskan peradaban sesuatu masyarakat.  Daripad mencari idea-idea ini, adalah dengan memaksimumkan pembacaan dan berfikir , serta merenungkan natijah sebuah penulisan yang ada. Contohnya, artikel ini menggalakkan anda untuk menulis bukan untuk diri anda sendiri, tetapi berteraskan kepada pembangunan bangsa yang matang fikirannya.

5. Menulis menjiwai saintifikasi masyarakat

Menulis adalah methodologi kepada kemajuan khazanah pemikiran. Menulis mengekalkan idea -idea yang sentiasa ada, dan menyanggah kesimpulan yang tiada manfaat. Sama seperti proses saintifik yang menguji hipotesis eksperimentasi atau kajian observational. Jiwa yang saintifik ini amat perlu dalam mewujudkan kemajuan bangsa yang berteraskan fakta bukan kepercayaan. Proses saintifikasi ini menjadi pencerahan ( enlightenment) dalam masyarakat untuk bersaing dan maju kehadapan.

6. Menulis mengekalkan semangat budaya bangsa.

Menulis memberikan definasi kepada sesuatu bangsa. Menulis melahirkan bangsa dalam bentuk acuan nya sendiri dan berkupayaan mengekalkan jatidiri sendiri. Ini termasuklah dalam aspek penulisan cerpen, sajak, gurindam dan pantun. Ia melambangkan ‘kecerdikan’ sesuatu bangsa untuk terus wujud dalam perlumbaan yang global.

7. Menulis mengajar sesorang untuk melihat diri dan mengenal Tuhan

Menulis secara introspektif melahirkan rasa ingin tahu mengenal diri. Maka apabila anda telah mengenal diri akan lebih jelaslah kekuasaan Tuhan. Melihat diri secara introspektif ini akan membuahkan hati yang rendah diri dan memahami kekurangan diri.

Jadi dengan listing yang komprehensif di atas, tidak salahnya kalau anda bermula menulis.

Written by khairulorama

December 11, 2010 at 12:28 am

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 13. Tradisi kehebatan bangsa adalah dengan menulis […]

  2. […] 1. Budaya Menulis Tradisi Kehebatan Ketamadunan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: