Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Menulis bukan kerna nama

with one comment

“Aku menulis bukan kerna nama “- Ramli Sarip

Lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip ini amat bernilai jika dihayati. Menulis bukan untuk keuntungan sendiri, tetapi penulisan yang bagus adalah memberi kebaikan yang sejagat.  Initipati kepada nyanyaian aku menulis bukan kerna nama ini memberi konotasi yang amat berbeza jika dibandingkan dengan peradaban dunia yang ada masakini.

Relevannya adalah seperti berikut;

1. Wikileaks merupakan sebuah perbadanan yang telah menyebarkan kesemua rahsia – rahsia kerajaan yang sepatutnya berada dalam lingkungan pahaman orang-orang yang tertentu. Walaupun, pada dasarnya kerajaan menyimpan rahsia-rahsia tertentu untuk mempertahankan aset dan kepentingan tersendiri, maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks  adalah bertujua,n memberitahu kepada semua tentang gejala yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang berkaitan. Kepada orang- orang kita jangan lakukan ini semua, kerana kesan daripada apa yang anda lakukan akan merosakkan peradaban anda sendiri. ‘Freedom of speech’ tidak seharusnya digunakan atas kepentingan yang merosakkan orang lain.

2. Menulis untuk menyebarkan fitnah kerap kali berlaku, termasuklah dalam akhbar arus perdana (mainstream) dan akhbar digital di internet.  Menulis mestilah berdasarkan etika journalisme yang professional dan berkewibawaan.

3. Menulis untuk merahsiakan dan membuat keuntungan. Ini adalah salah satu proses feudalisasi keilmuan. Ini berlaku apabila sesetengah kumpulan sahaja yang menyimpan maklumat contohnya penyelidikan yang hanya untuk kumpulannya sahaja.  Tujuan penulisan dan penyelidikan  ini dilakukan atas dasar memegangang dominansi keilmuan.

4. Penulisan yang berat sebelah berlaku apabila tiada neutraliti dalam ‘jugdment keputusan. Penulisan yang berat sebelah ini hanya akan menguntungkan sesuatu pihak sahaja’

5. Menulis dengan makna yang berbeza maksudnya, cuba menyampaikan maklumat dengan tujuan berlainan. Penulisan itu dilakukan atas dasar keuntungan semata-mata dengan maklumat pokok  yang berlainan. Contohnya dalam perjanjian perdamaian yang di omong – omongkan oleh kerajaan Israel tetapi hanya untuk menipu warga dunia. Pelbagai ‘treaties’, ‘rights’ dan ‘memorandum’ yang bertujuan mengaburi mata dunia sekadar mencapai matlamat utamanya mengambil alih Palestin dengan keras.

6. Menulis tanpa arah dan mengelirukan bertujuan menulis untuk melindungi matlamat sebenarnya.

Menulis bukan untuk berperang.

Begitu yang di ceritakan oleh Ramli Sarip dan A Romzie dalam lagunya. Maka tulislah atas nama Tuhan dan keindahan yang diberikan.

Written by khairulorama

December 12, 2010 at 2:08 am

Posted in Uncategorized

Tagged with , ,

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 15. Menulis bukan kerana nama […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: