Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Islam dan Kesihatan dari Imam Syahid Hassan AlBanna

leave a comment »

Imam al- Syahid Hasan al- Banna telah menulis sepucuk surat kepada Raja Farouq I Raja Mesir dan Sudan, juga ditujukan kepada Mustafa al -Nahnas pada tahun 1366H,  dan terdetik untuk saya menyimpan sebagai koleksi peribadi melalui buku, Himpunan Risalah Imam Hasan al- Banna, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.

Dalam perihal Islam dan kesihatan

***

Bangsa yang membangun sememangnya memerlukan etika ketenteraan yan murni ini. Namun keperluan asas tentera ini ialah kesihatan badan dan tubuh yang kuat.
Al- Quran menyentuh aspek ini, ketika menceritakan kisah sebuah bangsa yang berjuang melalui jerit perih perjuangan demi mencapai kemerdekaan, dan demi membentuk sebuah bangsa.

Allah melantik seorang ketua yang mempunyai fikiran yang tajam dan tubuh yang gagah perkasa. Allah telah letakkan syarat untuk dia mampun memikul bebanan ini, iaitu kekuatan tubuhnya. Ini dinyatakan dalam Al- Quran ketika menceritakan kisah Bani Israel sebagai suatu pengiktirafan kepada ketua mereka, Talut.

Al- Baqarah 247

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”.

Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Rasullullah saw telah menghuraikan aspek ini dalam banyak hadis baginda. Baginda turut mengalakkan orang-orang beriman agar memelihara kekuatan tubuh badan di samping kekuatan rohani mereka. Sebuah hadis sahih menyebut

” Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang yang lemah”

Baginda turut bersabda” Tubuhmu ada hak yang perlu engkau tunaikan”

Rasullullah saw telah mengajar ummah ini pelbagai asas kesihatan terutama aspek pencegahan yang merupakan kaedah perubatan yang terbaik.

Rasullullah saw bersabda
” Kita adalah orang tidak makan kecuali ketika lapar dan apabila makan kita tidak akan kenyang”

Baginda juga mengambil berat tentang air yang diminum. Sebuah hadis menyebut
” Baginda saw sentiasa memilih air yang bersih”

Baginda juga melarang kencing dan membuang air besar ditempat air bertakung. Baginda juga pernah mengistiharkan kuarantin ke atas kawasan dan penduduk yang dijangkiti wabak taun. Penduduk di situ tidak boleh meninggalkan kawasan tersebut dan tiada siapa yang dibenarkan datang ke situ.

Baginda juga pernah memberi amaran tentang jangkitan penyakit dan baginda pernah meminta umat Islam menjauhi orang yang mengidap penyakit kusta. Akhir sekali, baginda turut mengambil bertat beberapa aktiviti senaman badan seperti melontar atau memanah, berenang, menunggang kuda dan berlari.

Baginda menggalakkan umat baginda supaya melakukannya dan mengambil berta aspek ini hinggakan sebuah hadis ada menyebut
” Sesiapa yang mengetahui cara memanah atau melontar kemudian melupakannya dia bukan di kalangan kami.”

Baginda saw melarang keras amalan membujang, bertapa, menyeksa dan melemah diri semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Allah. Malah baginda membimbing supaya umat baginda bersikap sederhana dalam semua aspek. Semua ini mencerminkan keprihatinan Islam yang begitu mendalam dalam soal kesihatan ummah. Ini menunjukkan Islam amat- amat mengambil berat soal penjagaan kesihatandan bersikap terbuka dalam apa sahaja perkara yang memboleh membawa kebaikan dan kesejahteraan ummah dalam soal ini.

**

Sekadar berkongsi bersama.

Written by khairulorama

January 10, 2011 at 10:52 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: