Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Secebis rasa kepada Interlok karangan Dato’ Abdullah Hussain

with 2 comments

Secebis rasa kepada Interlok karangan Abdullah Hussain
Menjadi kebiasaan di Malaysia apabila isu-isu sensitif perkauman dipersoalkan dan dimomokkan apabila terlibat satu kaum yang ditonjolkan.

Satu Malaysia memberi respon di blog mereka.

Novel interlok yang menjadi bahan sastera pembacaan Tingkatan 5 di negeri-negeri  Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan Negeri  Sembilan menjadi isu hangat apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.

Mengapa?

Novel ini bukan tokenism. Saya amat mengharapkan agar pihak yang tertentu yang membangkitkan isu perkauman segera mempelajari sejarah diri mereka dan datangkanlah satu lagi persepktif sejarahdan diskusi langsung mengenai kefahaman asal usul mereka. Ini penting untuk memajukan kefahaman sastera serta memberitahukan pengalaman asal kehadiran perkauman di Malaysia.

Di petik dari BH Khamis 13 Januari ” Interlok membincangkan kehidupan Seman, yang mewakili Melayu, Ching Huat mewakili Cina dan Maniam mewakili India, dan semua semua di rangkumkan dalam bab yang terakhir”
Tujuan asal penceritaan Interlok, adalah untuk menggarap kefahaman bahawa setiap satu kaum di Malaysia ini bertanggungjawab kepada perubahan arus perdana di negara ini.

Jika dilihat dari segi perkhidmatan awam umumnya, ada ketidakseimbangan perkauman dalam servis kepada rakyat. Itu belum lagi dilihat dalam perkhidmatan ketenteraan. Mungkin penulis ingin menyampaikan hasrat bahawa tanggungjawab menjaga negara ini bukan tertakluk kepada satu kaum sahaja. Bukan di dominasi oleh ultra- conservationist tetapi perlu difahami oleh kaum-kaum lain.

Itulah toleransi .Bukan semua perlukan keadilan.

Keadilan hakiki tidak mungkin dikecapi oleh setiap kaum, kerana asal- usul mereka yang berbagai- bagai rupa. Saya berpendapat bahawa, keadilan yang sama tidak mungkin sekali dikecapi untuk  memberikan tokenism kepada semua kaum, tetapi proses untuk mencapai keadilan kepada semua kaum boleh dilakukan sekiranya setiap kaum mengambil tanggungjawab untuk menjaga Malaysia ini.

Bukan mengambil Malaysia sebagai batu loncatan semata-mata menghidupkan mimpi materilistik mereka sendiri.
Didalam sisipan komentari Razak Rashid Gows lagi, ( BH Khamis 13 Januari),

” Buku itu mengisahkan kehidupan Maniam, seorang lelaki berumur 30 tahun, dari Tricur, Kerala, India yang memutuskan untuk ke negara ini, kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di kampung halamannya.
Diteruskan lagi, ” Di dalam kapal ini tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka dari arah utara, sedikit bercakap Malayalam, atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telegupun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia ”

Mungkin pada penceritaan seterusnya, memberikan sedikit sentimen perkauman dan merendahkan kaum India, tetapi ingat asal usul pengklasan dan kasta ini di India, dan bukan di Malaysia. Malah ada kawan – kawan berbangsa India mengkrtitis hebat pengkastaan ini, argumen mereka manada kasta? Semua diciptikan manusia ini sama.

Genetiknya sama sahaja. Rambut di atas kepala dan mata yang melihat lagikan hitam.

Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam dalam kasta paria.

Mereka tidak perlu takut kepada sesiapa sekiranya bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Penyataan ini penting kerana jika dilihat dari konteks manusiawi pengkastaan tidak wujud. Malah tidak wujud samasekali dalam riwayat kehidupan manusia. Adam tidak mempunyai kasta, tetapi yang memberikan kasta ini sama sahaja perbuatan seperti diceritakan dalam Al-Quran, se ekor makhluk yang mengaggap dirinya lebih tinggi daripada Adam, iaitu Syaitan.
Malah amat bertuahlah Maniam kerana mampu berlayar kesini dan berhijrah mencari keuntungan yang lebih untuk pengriwayatan dirinya. Mungkin penulis telah mengkaji dengan mendalam sistem pengkastaan ini.

Jika di tinjau dari segi sejarah penghijrahan beramai-ramai di Amerika pada sekitar 1910 – 1930 contohnya, bangsa Irish, Yahudi dari German, dan Mexican telah sampai ke Amerika mempunyai ketujuan tertentu adalah untuk mencari rezeki memberi saraan kepada keluarga mereka.

Begitu juga kezaliman dalam sejarah orang putih yang telah berdagang manusia, kulit hitam atau niger yang menjadi
orang suruhan kaum- kaum mereka. Ingat, sekarang mereka memomokkan perdagangan manusia ( human trafficking)

Ah! bodohlah kita sekira tidak mengingat kepada human trafficking yang mereka jalankan sebagai hamba abdi di negara mereka suatu ketika dahulu. Kita memberikan rumah, wang, kebesasan, kebebasan berkahwin dan beragama, proteksi kepada hak kemanusiaan, jauh nan indah yang mereka perlakukan kepada kulit hitam di Amerika, ingat ya sekitar 1950an.

Berbalik kepada Novel Interlok, ini adalah pengamatan sejarah daripada perspektif penulis. Mungkin ada yang tidak setuju dengan caranya sehingga hendak membakar novel-novel ini. Tidak seharusnya dibakar, malah perlu dikaji dan seperti yang ajarkan dalam Al-Quran, datangkan sebuah lagi cerita yang menggambarkan kehidupan masyarakat itu, seperti yang diceritakan oleh Abdullah Hussain. Mungkin berbeza?

Mereka yang matang itu perlu menjadi guru kepada mereka yang belum matang. Mengajar atas kehendak manusiawi. Bukan sekadar polemik sementara.

Ingat ya! Abdullah Hussain adalah sasterawan negara ke lapan. Matangnya beliau berfikir jauh ke dalam benak hati manusiawi ini.  Tinggi dalam pemikiran dan kesesatan serta kebutaan hati telah dilihat bagi mereka yang bergelar ahli sasterawan. Mata yang melihat tidak sama dengan mata yang mengkaji atau berfikir.

Apa kata anda.?

Written by khairulorama

January 14, 2011 at 8:43 am

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. the poeple who writte this interlock book really they a the poeple who create problam to mr prime minister.plese dont read the book.pls condem the writter i really shem to saying he’s datuk and he’s not a ISLAM pls research what meaning of islam the true and peaceful religion.pls dont give a bad name to your religion.all birth in this earth given by god.tuhan allah tahu apa yang kita buat satu hari nanti dapatlah bahla dia……………jagan main main datuk.

    YOGANATHAN

    January 18, 2011 at 3:34 pm

  2. terima kasih kerana menghuraikan pasal buku ni. seriously, rasa mahu sangat tahu apa yang mula membangkitkan isu perkauman, after what, almost 40 years it was written.

    my point of view, yang saya letak di twitter adalah sama dengan yours, which is, ada banyak lagi kisah penghijrahan yang berlaku di dunia ini, tapi tidakla pula sampai jadi macam di Malaysia ni, sampai membakar-bakar.

    sepatutnya semua orang perlu bersyukur dengan apa yang kita nikmati di Malaysia yang aman damai ni.

    aishah

    January 18, 2011 at 3:48 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: