Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Keutuhan sebuah penulisan lebih tegar dari harga naik emas

with one comment

Penulisan mencipta ketamaadunan. Penulisan menghasilkan budaya dan gaya hidup. Penulisan memberikan kehidupan dan berterusan. Jika dikaji dengan teliti, tamadun bangsa dan ideologi yang kekal adalah dengan jumlah dan kehebatan penulisan bangsanya. Contohnya, jika anda pernah membaca La Tahzan,  Dr Aidh Bin Abdullah Al- Qarni atau buku-buku Tokoh Angerah Maulidur Rasul -Abdullah Qari Hj Salleh,  lihat sahaja kesan dan impaknya kepada  pemahaman manusia kepada konsep kehidupan.

Buku yang pertama, La Tahzan, memperjuangkan konsep dakwah melalui kefahaman Islam dan kerbersatuan dengan emosi sedih. Buku-buku Abdullah Qaru Hj Salleh pula yang kini berjumlah 300 kesemua membahaskan pelbagai isu Islam daripada cara hidup hingga kepada konsep tauhid dan akidah.

Penulisan membentuk pemikiran generasinya. Mujahid Imam Hasan Al-Banna menulis pelbagai permasalahan politik pada zamannya, dan membentuk budaya kehidupan yang reformis berpegang kepada  Ahlul Sunnah, dan beliau berjaya membentuk generasi Ikhwanul Muslim yang menjadi gelombang arus revolusi Ummat Islam. Melalui penulisannya juga, beliau menghantarkan surat dan perjanjian yang menjadi bahan bukti pembacaannya pada abad ini. Begitu banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau. Beliau mengikut kata lain, adalah  permata bagi umat Islam. Begitu lama umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan Al- Banna.

 

Bukan itu sahaja, kontroversi pada abad kita pula adalah Wikileaks dan Interlok.

Umat Islam tidak memerlukan kepada kontroversi, kerana budaya hidup kita Islam itu telah diberi makna dengan kehidupan sunnah.

Tradisi kehebatan Islam itu adalah dengan wahyu yang pertama diturunkan Iqra bismi Rabbika allazi Khalaq.

Maka berjuta jutalah umat Islam yang hidup itu membaca Al-Quran dan semua yang dihimpunkan pembacaan dan hasillah karya-karya Islami yang kekal selamanya sehingga akhir riwayat ketamadunan manusia.

Ps. Nadiah mula menulis semula.

Written by khairulorama

January 19, 2011 at 8:11 pm

Posted in self publishing

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 5. Keutuhan sebuah penulisan lebih tegar dari harga naik emas […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: