Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Bahan penulisan

with one comment

Mungkin pada awalnya anda tiada apa bahan untuk menulis. Menulis tanpa matlamat adalah amat merbahaya. Risiko menulis secara melulu biasa menjadikan bahan tulisan anda itu kosong tanpa apa-apa maklumat yang berguna. Oleh itu perlu lah kita mencari sumber penulisan untuk menhasilkan karya yang hebat.

Sumber pertama, menulis daripada pemerhatian dan kajian. Ini termasuklah mengkaji al-quran, hadiths dan kitab-kitab lama. Rujukan bermutu ada di mana. Kajian yang mendalam mengenai al-Quran menghasilkan lebih banyak artikel, yang maksudkan sebagai- Karya Islami. Karya membentuk masyarakat, akhlak dan pembudayaan bangsa.

Karya Islam ini, contohnya cerpen Islam, pengkajian ayat-ayat Al-Quran dan pemahaman kepada Hadiths, mengkaji bangsa -bangsa terdahulu yang disebut dalam Al- Quran, mengkaji peradaban dan ketamadunan,  mengkaji haiwan dan tumbuhan yang disebut dalam al-Quran, kajian hukum hudud, kajian perilaku nabi-nabi terdahulu dalam ertikata behavioral studies, mengkaji sejarah dalam Al-Quran, mengkaji isi-isi sains yang ada di dalam al-Quran dan pelbagai ribuan-ribuan idea tercetus daripada al-Quran

Sumber kedua adalah memahami isi hati anda. Mendalami isi-isi intrinsic dalam diri dan kontroversi kejadian manusia yang mempunyai matlamat yang lengkap dan jelas. Mengkaji diri sendiri akan menjadikan anda sedar kelebihan, kekurangan, pembaikan dan pembentukan diri sendiri.

Sumber ketiga untuk penulisan adalah, masalah dan isu-isu semasa. Bak kata Ayah, kumpul 5-5 artikel daripada Surat Khabar maka akan akan dapat merungkai permasalahan yang lebih akademik. Ini termasuklah kepada Berita Harian, Harakah. Malaysia kini dan pelbagai media non- mainstream atau undergorund.

Mengkaji kehendak pelanggan juga dapat menghasilkan karya yang hebat. Ia akan menjadi rujukan kepada penulisan yang lain. Cuba fikir apakah kehendak pelanggan anda.

Membandingkan dan mengkaji isi kandungan novel-novel ilmiah, bukan novel cinta juga dapat membuka ruang pemikiran anda. Begitu juga mengkaji kata-kata hikmah untuk membina imej diri dan kendiri,

Fikir-fikirkan lah.

Written by khairulorama

January 20, 2011 at 7:49 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 16. Bahan penulisan  […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: