Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Cerita dua bandar “Tale of two cities”, Mesir dan Tehran!

with one comment

Kalau Charles Dicken menulis “The tale of two cities“, cerita mengenai revolusi serta kebangkitan rakyat, maka pada abad ini semestinya kita mesti lihat, cerita dua bandar, dua buah bandar bernama Mesir dan Tehran. Kedua-duanya berada dalam lingkungan ketamadunan yang lampau dan perlukan sebuah penceritaan dalam abad ini.

Kedua- dua negara ini mempunya persepsi tersendiri mengenai hubungan antarabangsa dengan sebuah kuasa besar Washington.

Mesir selaku sekutu Washington menerima begitu banyak bantuan, malah menjadi negara kedua terbesar menerima bantuan daripada Washington sekitar 1.5 Billion setiap tahun, serta menjadi dalang kepada hubungan bersama dengan Israel. Pemerintahannya yang bersikap despotism, atau seorang pemimpin yang berkuasa mutlak telah menjadikan Mesir sebuah negara yang tunduk kepada pemerintahan Washington, dengan syarat mereka menerima pendapatan dan keuntungan kepada perhubungan dua hala negara- negara tersebut. Malah, pernah berlaku, seketika Mesir menyingkir hubungan dengan sebuah negara yang mengalami penindasan iaitu Palestin melalui proksinya Israel dan Mesir. Ingat lagi, pembinaan tembok besi antara Gaza dan Mesir.

Mubarak pada amnya adalah sekutu kuat Israel dan Washington. Pemerintahan Mesir yang berteraskan ” moderate” Islamist atau bukan totaliti fundamentalist, memberikan satu tujuhan kestabilan kepada Mubarak yang bertapakkan kekuasaan Washington.

Di nyatakan dalam BH pagi ini, Gamal anak kepada Presiden Mubarak, membawa 97 bag besar dan mencari perlindungan di UK, dengan sebuah rumah agam( mansion) bernilai 8.5 juta pound. Maka dinyatakan juga aset yang dimiliki oleh Mubarak sehingga bernilai 25 billion pound. Gila bukan !

Rasuah dan kekayaan yang tidak diagihkan milik sebuah keluarga Presiden.

Nun, di tengah- tengah kebingunan Mesir, Tehran yang menjadi pusat bagi Ahmadinejad, seorang “singa yang kuat ngaumannya” menentang kebobrokan dan kekuasaan Washington. Pada Washington, yang melihatnya sebagai the ” Great Satan” malah mengingikan ideologi Westermism dalam kelompok pemikiran Islam, menjadi negara Iran itu satu ancaman kepada kuasa dunia Barat.

Malah tiada hubungan lansung antara kedua-dua negara ( Washington dan Tehran) berpunca kepada perbezaan ideologi . Sebuah negara yang terkenal dengan menolak penindasan Washington.

Dingatkan juga, sebuah negara kecil, Israel yang berada pada di hujung tanduk takut dengan perubahan pemimpin selepas Mubarak kerana mungkin tidak, pemerintahan seterusnya adalah dengan meletak boneka-boneka Washington.

Mungkin kalau dikaji dekat-dekat anda juga perlu ingat, Carter ( Presiden Amerika Syarikat ke- 39) telah hilang pengaruh di Iran selepas revolusi republik itu menjadi sebuah negara Islam, dan pada era pemerintahan Barack pula adalah kehilangan tiga negara sekutu Washington, Turki, Lebanon dan seterusnya Mesir. Maka, berada dalam ketakutanlah sebuah negara tipu Israel yang mencabar kuasa dunia Islam, setelah menzalimi penduduk Palestin.

Untuk kita yang berada di Malaysia, pedih rasanya kalau-kalau peha kiri dicubit. Sakit hati melihat saudara dizalimi.

Begitulah cerita di kedai kopi hubungan dua hala Washington dengan sekutunya Mesir dan seterunya Tehran.

P/S : Kalau diikutkan sejarah, mungkin Mesir, memang tempat lahirnya Firaun agung, . Malah kalau bercerita mengenai Ikhwanul Muslimin, mereka tanya kita? Apa ?

Apa pula yang terjadi kepada Pelajar Malaysia di Mesir, mana dia yang mendahulukan rakyat, sila tampil kehadapan.

 

Kelihatan Netanyahu ( kanan) berada dalam keadaan celaru dengan revolusi pemerintahan di Mesir, bersebelahan Angela Merkela, Cancellor German.

Written by khairulorama

February 1, 2011 at 8:08 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with , , ,

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Egypt was in the middle of a revolution after the fall of Tunisia. Mubarak was really scared! The tales of two cities hingga CD4/CD8 counts after bekam!  I was the unfocused […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: