Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Pengajian Melayu di Internet

with one comment

Antara caranya untuk  mengembangkan dominansi pemikiran Melayu adalah dengan mengembangkan pengajian  Melayu di Internet. Ini termasuklah dengan memberikan kursus secara online – pengajian Bahasa Melayu secara online ( dalam talian), penghantaran manuskrip secara online dan, perbincangan ” real-time” dalam online tidak kira kelas, atau tuisyen bahasa Melayu secara online.

Langkah ini penting untuk memelihara kewujudan bahasa Melayu dalam talian serta memperbanyakkan lagi karya – karya agung dari kebudayaan dan sosiologi orang-orang Melayu khususnya, Nusantara.

Statistik dari InternetWorldStat menunjukkan Bahasa Melayu lansung tiada dalam carta TOP 10

Saya berpendapat tidak kiralah, bahasa itu rojak atau tidak, tetapi keperluan dalam peluasan kuasa dan pengaruh orang Melayu amatlah penting untuk pengekalan ideologi dan budaya hidup orang Melayu.  Kehidupan orang Melayu yang berbudaya tinggi ini, amatlah perlu dalam membentuk sebuah masayarakat global. Melayu itu sendiri mempunyai identiti dan berbudaya.

Benarlah kata Uthman Awang dalam syair orang Melayunya,

Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Komentari aku adalah, pada bait-bait yang terakhir yang amat mencengkam jiwa, memegang tali memegang timba, memiliki ekonomi mencipta budaya.

Orang Melayu perlulah mencipta budaya sementara dalam keadaan yang tenang ini. Sehinggalah ber- revolusi  baru mula mahukan budaya, hilanglah semua.

Lihat sahaja pada Mesir.
Tiada akhlak, tiada budaya. Kemana sahaja, dahagakan kuasa.
Hancur semua, tiada gunanya. Dijajah kelak, sedar tiada gunanya.
Kuasanya, kuasanya, KuasaNya sahaja.

Written by khairulorama

February 3, 2011 at 11:28 pm

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Join the force
    Boycott The Malaysian Insider

    My open letter to TMI http://goo.gl/1eh6n

    Kearah yang lebih saksama dan telus
    Salam ukhwah

    LC Marshal

    February 4, 2011 at 1:24 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: