Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Takut pada yang Islam ! – Mubarak dan sekutu-kutu nya.

with 4 comments

"Al-Jazeera; Revolusi naik turun Mesir"

Mungkin orang Islam sudah takut pada ‘yang Islam‘. Mungkin tiada lagi yang boleh dipersalahkan terhadap pergaduhan anti- Mubarak dan pro-Mubarak, dan langkah selamat adalah dengan menyalahkan orang Islam.  Tidak hairanlah apabila hari ini, Mubarak menyalahkan Ikhwanul Muslimin sebagai pencetus pemberontakan agresif anti-Mubarak.

Di petik dari Al- Jazeera,

“Mubarak blamed the opposition Muslim Brotherhood for the Tahrir Square violence.” dan

“Instead, he blamed the Muslim Brotherhood, a banned political party here in Egypt.

Maka bersalahlah Ikhwanul Muslimin apabila neraca keadilan diberat sebelahkan. CNN pula agensi Washington, megiyakan sahaja apa yang diberitakan oleh Presiden Egypt itu.

Bukan itu sahaja, aliran pemikiran Islami gaya Mubarak memanggil Mufti Mesir ‘Ali Jumah yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasan.

Berbeza pula dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi, dalam temubual dengan Al-Jazeera  pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong!

Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri, dipetik dari Prof Madya Asri Zainul Abidin.

Tersentak aku apabila membaca artikel ini dari Tuan Guru Nik Aziz Mat,

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin.

Maka timbullah tanda tanya, Mana pergi Washington selaku pejuang free- demokrasi POLIS dunia. Sahaja mendiam diri takut- takut kepentingannya di Mesir-Israel hilang begitu sahaja.

Kasihanilah saudara- saudara kita di Palestin ini. Gaza mungkin lebih berjaya apabila pintu Mesir dibuka kepada Rakyat Palestin. Hentikan hegemoni Washinton kepada dunia Islam. Mungkin Mesir akan jadi sekutu orang Islam dan bukan Washington. Bagaimana rupanya, Israel tanpa sekutunya Mesir.

Pada akhirnya, luka dan berdarahnya ahli anti-Mubarak!

Tapi ingat, jangan terlepas ke dari mulut buaya ke mulut singa! Ingat siapa yang dipilih nanti. Nanti – nanti yang ‘diletakkan’ pemimpin itu yang lebih bahaya dari yang ada! Lebih sekutu dari yang ada

Mungkin ada benarnya pemimpin Washington itu, kata ” Change!

Written by khairulorama

February 4, 2011 at 3:15 pm

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam, perlukan perubahan di Mesir.penduduk Palestin sudah lama ditindas

    mohamadazhan

    February 4, 2011 at 5:05 pm

  2. Itulah yang diwar-warkan olih Yahudi-Yahudi Zionis dalam Fox News beberapa hari yang lepas tentang Muslim Brotherhood. Pengacara(Pemberita) serta Panel yang memberi pendapat-pendapat mereka tersebut terang-terang bangsa Yahudi Zionis.

  3. yup betul, saat nya ada perubahan pada negara mayoritas islam. Tegakkan dan sucikan kembali pada yg seharusnya…

    Widji ume naturalcrystalx

    February 25, 2011 at 3:08 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: