Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

10 Cara mencegah masalah dalam perkahwinan

leave a comment »

  1. Selalunya  pergaduhan atau perselisihan faham, terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Lebih penting untuk berterus terang kerana dalam melihat masalah yang sebenar.
  2. Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar. Ingin saya berkongsi hadis ini,

    Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0983.

    Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda : “Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya, melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami

  3. Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Sikap toleransi penting dalam hubungan suami isteri.
  4. Sentiasa beri sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas.

    Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1373.

    Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : “Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diperkenankan oleh isterinya, lalu semalam itu suaminya marah kepadanya, maka si isteri itu mendapat kutuk malaikat sampai Subuh.”
  5. Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.
  6. Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.
  7. Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan.
  8. Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda.
  9. Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat.
  10. Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda.
    Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0175.
    Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Tidak diterima solat seseorang tanpa suci, dan tidak diterima sedekah yang berasal dari kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan atau korupsi (rasuah), rompak, judi dan sebagainya).


Written by khairulorama

September 4, 2011 at 5:29 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: