Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Sifat minda kelas pertama

with 5 comments

Menjana minda intelektual

https://khairulorama.wordpress.com

Penjanaan minda adalah penting dalam pembentukan masyarakat yang progresif dan terbaik. Menjana idea yang inovatif memerlukan pembacaan dan pemahaman data dan maklumat yang luas. Ini dapat dilihat dari segi kecantuman displin-displin yang berbeza . Contohnya adalah tekonologi makanan dan agama, yang telah membuka ruang kepada industri makanan halal di Malaysia. Industri halal kini bernilai lebih dari 1.3 trillion USD. Malah membuka peluang untuk mempengaruhi industri daging kosher in Amerika. Selain itu, ekonomi dan perbankan serta cantuman displin agama dalam bidang muamalat telah mewujudkan displin perbankan islam iaitu hasil pencernaan dua sub-kepakaran yang berbeza yang tidak ternilai. Begitu dalam bidang perubatan dan kejuruteraan yang menghasilkan pakar –pakar bioteknologi.

Menjana minda bermaksud, menggunakan sebahagian intelektual untuk menghasilkan sesuatu yang lebih inovatif. Penjanaan minda akan menghasilkan idea-idea baru yang lebih mudah diperbaharui. Dalam falfasah Jepun, penjanaan minda adalah bermaksud ‘kaizen’ iaitu memperbaharui perkara yang lama dengan perkara baru yang lebih efisien dan efektif. Ini merupakan dimensi kehidupan manusia yang mahukan sesuatu yang lebih bagus daripada yang sebelumnya. Menjana idea dan inovasi baru memerlukan latihan yang mendalam begitu juga kefahaman serta melihat ruang-ruang peluang untuk pelaksanaanya. Bukan lagi cara yang sama atau idea-idea generik yang sudah lapuk.

Input kepada penjanaan minda adalah, mata, pedengaran dan pemikiran. Idea-idea baru terbentuk dan diciptakan dalam ruang-ruang pemikiran melalui ilham, inspirasi dan hubungkait. Minda yang dapat menghasilkan idea-idea baru adalah daripada pengalaman yang unik dan serta mempunyai perspektif yang berbeza. Gerakan pemikiran yang baru akan mengubah cara hidup lansung sesuatu generasi. Ia akan menjadi trend kepada kehidupan manusia dan ikutan kepada budaya lain.

Penggunaan keupayaan intelektual ini amatlah digalakkan dalam kehidupan seharian. Seperti kata, Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkidmatan Awam, manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya. Mereka mempunyai empat ciri utama iaitu kesedaran kendiri, sifat ingin tahu, sifat fokus dan  daya inisiatif. Keempat-empat cirri utama ini akan menghasilkan budaya kerjaya yang positif, dan membantu dalam analisa-analisa, membuat keputusan dan pemilihan serta evaluasi kepada keputusan tersebut.

Kesedaran kendiri, bermaksud reflektif pada diri. Ia bermaksud melihat dan mengkaji diri sendiri dan lebih responsif kepada persekitaran. Kesedaran kendiri akan menyebabkan manusia tersebut sentiasa menyedari apa yang berlaku dengan persekitaran. Dengan penyediaan kesedaran kendiri yang kukuh, manusia tersebut mampu menghadapi sebarang perubahan keadaan dan fleksibel serta mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

Sikap ingin tahu atau ‘inquisitivity’ adalah antara sifat minda kelas pertama. Manusia yang mempunyai sikap ingin tahu akan sentiasa bertanya pada semua keadaan dan mengkaji permasalahan sesuatu . Mereka tidak semestinya filosofikal tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk memahami sesuatu dengan semangat yang tinggi serta berterusan. Sikap ingin tahu yang telah dilatih, akan menyebabkan manusia tesebut mudah memahami maklumat pada kategori rendah dan adanya cubaan memahami masalah yang lebih kompleks dengan mendalam. Mereka akan ada persoalan what if?

Nilai ketiga adalah, sifat fokus. Sifat ini bermaksud bersungguh dalam melakukan sebarang perkara. Ia berlawanan kepada sifat, hangat- hangat taik ayam. Untuk membuat sesuatu keputusan, fokus yang memberikan keputusan yang lebih jitu dan terancang daripada melulu.

Begitu juga, dengan sifat yang keempat, iaitu daya inisiatif. Daya inisiatif ini penting untuk mewujudkan idea-idea baru yang akan menjana kecermalangan produktiviti. Daya inisiatif ini akan mewujudkan kepada invensi perkara baru yang lebih bermanfaat kepada mausia sejagat.

Dalam menghasilkan sebuah peradaban yang cemerlang, sifat mahmudah ini diperlukan kepada kedua-dua pihak, samada pengikut atau pemimpin. Peradaban yang cemerlang akan terhasil dengan masyarakatnya yang terpimpin dan terbilang. Berbekalkan idea generasi salaf, serta cara hidup yang baik, serta pimpinan yang cemerlang akan menghasilkan umat yang terbaik.

Minda kelas pertama adalah rekusit kepada peradaban yang terbaik untuk umat sejagat. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik.

Dapatkan pdf disini

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] 1.Sifat minda kelas pertama […]

    • Salam;
      Negara maju kerana masyarakatnya/rakyat berminda kelas pertama. Saya sangat mengidamkan supaya orang Melayu kita semua berminda kelas pertama, tapi nampaknya masih jauh lagi laa.

      musi

      September 21, 2011 at 4:55 pm

      • terima kasih kerana sampai di website ini. Sekadar koleksi artikel dan mengingatkan diri sendiri.

        khairulorama

        September 26, 2011 at 1:08 pm

  2. Pada pendapat saya minda kelas pertama adalah minda yang CELIK iaitu bermaksud akal fikiran dengan cepat dapat melihat atau menilai kebaikan/kebenaran atau keburukan sesuatu perbuatan atau sesuatu perkara. CELIK adalah singkatan daripada Cepat Lihat Kebaikan/Keburukan. Contohnya apabila seseorang itu hendak membuang sampah, orang yang celik minda tidak akan membuang sampah merata-rata seperti membuang kedalam sungai, ditengah jalan dan sebagainya kerana minda yang celik dapat melihat atau menilai baik buruk sesuatu perbuatan dengan cepat dan kemudian memilih yang baik dan meninggalkan yang buruk.

    Mahir

    April 26, 2012 at 4:10 pm

  3. Boleh sy dptkn pdf ttg study ni utk kajian sy.. Tq🙂

    nazmi

    June 22, 2013 at 5:21 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: