Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Kalau boleh mengadu pada Rasullullah

leave a comment »

Jangan menangis membaca posting ini.

Kalau boleh mengadu pada Rasullulah, ada beberapa perkara di benak hati yang ingin aku sampaikan. Aku tahu Rasullullah tahu. Aku tahu Allah jua tahu. Aku tahu Rasullullah menyimpan doanya pada hari-hari di Masyar. Aku tahu Rasullullah akan memberi syafaatnya pada mereka yang walaupun sebesar zarah iman kami. Maka selamtlah kamu ini. Terdetik hati aku apabila menonton Law Kanna Bainana. Aku tahu Rasullulah mendengar rintihan hati-hati para muslimim yang disiksa dan dizalimi.

Sangat indahnya kalau dapat lari daripada masalah dan berjumpa Rasullullah  pada hari ini. Mungkin Rasullullah akan merintih melihat umatnya pada hari, tapi aku ingin sangat berjumpa Rasullullah. Aku ingin memberitahu aku masih lagi umatnya disini. Di saat mana manusia memerlukan Rasullulah pada yang seperlunya.

Aku selak helaian-helain sirah nabawi, dari as-Syamail, Imam Tirmidzi, dan menggambarkan dirimu bagaimana.Aku kagum bahawa engkau memang indah. Aku membaca hadis-hadis yang engkau bawa, dan sedar betapa berbeza aku daripada sahabat yang ada disekelilingmu. Berkali-kali aku membaca hadis, wahai sahabatku, siapakah hamba Allah yang lagi mulia disisi Allah, dan engkau, pernah berkata, umat-umatku yang terkemudian. Hilang dihati ini rindu yang dalam buat sementara, dan ketika aku merinduimu semula aku perdengarkan semula hadis tersebut berkali-kali. Aku membaca berkali-kali La Tahzan in naAllah ha ma a ana tulisan seorang doktor itu.

Aku membaca sirah Israk dan Mikraj, dan kaji kisah itu di bulan Rejab, menangis aku sebentar melihat Rahmat yang engkau telah bawa untuk kami, ketika engkau bertemu Allah. Ya engkau dapat bertemu Allah, dan engkau mintakan kemudahan untuk kami semua. Aku mengkaji hadis-hadis tatkala Kiamat, engkau akan bersujud di hadapan Allah kelak meminta kami dipermudahkan perjalanan kami. Engkau angkatkan darjat kami dengan nilai ibadah kepada Allah yang sungguh kecil ini. Siapalah kami ya Rasullullah tanpa mu? Aku membaca cerita-cerita Nabi sebelummu, aku terkadang rasa rugi kerana tidak dapat bersama-sama di dalam situasi yang engkau hadapi. Aku aku jalankan jihad kepada agama ini, untuk menjadikan umat mu di kalangan yang terbaik.

Bergenang air mata apabila yang kau sampaikan itu telah satu persatu terjadi. Satu persatu daripada Al-Quran yang engkau bawa itu berlaku depan mata umat engkau ini ya Rasullullah.

Apabila melihat barang-barang peninggalanmu, aku menangis lagi. Ya Rasullullah engkau dilahirkan fakir jauh dibenak semenanjung Arab itu. Bukan di kalangan pendita Yahudi yang mewarisi kekayaan, di sekitar Palestin. Dan Ya Rasullullah, engkau wafat dalam keadaan fakir jua.

Aku tidak pernah memandangmu Ya Rasullullah. Tapi dengar lah rintihan hati kami ini pada akir zaman ini. Akan aku bawa cebisan ini bertemu engkau nanti Ya Rasullah. 

Aku juga telah faham bahawa seberat-berat ujian yang diterima umat manusia ini adalah para nabi dan Rasul.  Kalau anda rasa anda lemah, ingat pesanan Rasullullah ini.

Kalau Umar yang gagah itu menangis melihat kewafatan Rasullulah. Aku mungkin jadi tidak tentu hala kalau engkau pergi dariku Ya Rasullullah.

Aku amat merinduimu Ya Rasullullah. Akan ku hafal setiap huruf Al-Quran untuk pengubat hati yang berkecamuk ini. Akan aku cari hadis-hadis mu itu untuk aku ajarkan kepada anak-anak aku nanti Ya Rasullullah. Akan aku contohi kerajaan mu yang kau bina di Madinah, untuk aku sampaikan darimu kepada umat-umat mu yang lain, muslim atau tidak muslim, semua adalah umatmu. Aku tahu kita ini tidak jadikan sia-sia. Aku tidak mahu menyesal apabila bertemu Allah nanti. Disaat itu tiada harta, pangkat doktor, kemuliaan dunia, kereta honda dan rumah-rumah besar, yang semuanya adalah milik Allah.

Aku tidak kisah kalau sains tidak membuktikan Al- Quran kerana aku tahu, Allah berkata tak kan dibuktikan oleh sains. Aku tahu riba itu haram dan itu penyebab kejatuhan ekonomi dunia yang ada ini. Aku tahu hubungan suami dan isteri itu indah apabila  anak lelakinya yang menghormati ibunya, dan isteri anak lelaki itu taat kepada suaminya.

Ampun dosa ku ya allah dan terimalah taubatku. Akan ku sujud minta ini.

Doa ayahku dan ibuku aku terima dari SMS hari ini, Ya Allah kurniakanlah insan ini, Iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, Rezeki yang seluas-luasnya, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, taubat yang diterima. Jadikan insan ini, yang sentiasa sibuk mengingatimu Ya Allah, dalam ketika berdiri, duduk dan berbaring.

Doa dari isteriku, semoga menjadi Imam yang mithali

Sempena hari jadi yang ke-28.

Written by khairulorama

September 13, 2011 at 12:37 am

Posted in My Islam

Tagged with ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: