Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Sifat mazmumah yang sering kita lupakan – Makin tunduk makin berisi.

with 3 comments

Terkadang apabila berkata-kata dengan sesiapa sahaja kita sering terlupa kadangkala ada sifat-sifat dalam diri kita yang dapat dilihatkan. Kata-kata yang kita luahkan sebenarnya mencerminkan sifat-sifat yang wujud dalam diri kita.

Lebih 25 tahun yang lalu, saya tidak pernah kenal pada satu sifat ini.

Sifat ini ialah sifat ujub.

Terima kasih kepada Ust. Mohammad Nidzam dalam bukunya Tasawuf Kontemporari yang ada menjelaskan apa itu sifat ujub.

Ini adalah sekadar nota harian mengenai kehidupan yang harap-harapnya dapat dikongsi untuk menegakkan syiar Islam.

Ujub adalah rasa bangga dengan nikmat yang ada tanpa menisbatkannya kepada Allah. 

Ada ramai yang ujub dengan ilmu. Ujub dengan ketampanan diri dan ketrampilan diri. Dia memandang orang lain sebagai jahil. Ada yang ujub dengan pendapat sendiri. Bukti nya di dalam Al-Quran dapat dilihat melalui ayat ini,


Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. 9:25.

Sebagai umat Islam kita harus meletakkan jauh-jauh sifat megah dan ujub ini dalam hati.

Kesan perasan ujub ini, kita harus lihat secara global.

Pertama, sifat ujub ini akan menyebabkan kita tidak mahu berusaha. Ujub akan menyebabkan seorang insa tidak mahu berusaha lebih kerana beranggapan sudah memilikinya.

Orang yang ujub dengan pendapat akan sentiasa berpada dengan ilmu yang dimilikinya dam tidak berusaha menambahkan kearah yang lebih banyak ilmu.

Orang yang ujub dengan pendapat akan beranggapaan bahawa pendapatnya adalah benar manakala pendapat-pendapat lain adalah salah.

Sifat ujub membawa kepada sifat takabur.

Sifat takabur in AMAT bahaya kerana, iblis adalah makhluk yang bertakbur kepada Allah.

Takbur dalam definisi bermaksud, merasa dirinya hebat serta memandang hina kepada orang lain.

Contoh-contoh sifat tawaduk Nabi SAW

1. Memberi salam kepada kanak-kanak
2. Nabi SAW menerima jemputan orang miskin dan hamba abdi
3. Nabi SAW menjahit bajunya yang koyak, kasutnya yang carik dan membantu ahli keluarga dirumah
4. Nabi SAW duduk berbual bersama para sahabat . Ada masanya mereka berbual mengenai hal dunia atau tentang cerita zaman jahiliyah, Baginda hanya tersenyum apabila mereka tertawa.

Dua karakter yang wujud mengenai ujub dan takabur di dalam AL-Quran adalah siapa kalau bukan

1. Namrud
2. Firaun

Kita rendah diri bukan kerana rasa hina kepada makhluk, tetapi rendah diri takut-takut api yang membakar itu daripada sifat ujub dan takabur dalam diri. Resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Written by khairulorama

September 22, 2011 at 12:54 am

Posted in Islam, Uncategorized

Tagged with , , ,

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalamu’alaikum. Wr. Wb.
    Banyak ilmu yang didapat disini.
    Salam kenal.

    Irfan Handi

    September 23, 2011 at 10:59 am

    • terima kasih kerana melawat homepej ini, sekadar peringatan untuk diri.

      khairulorama

      September 26, 2011 at 8:49 am

      • Peringatan utk semua ni tuan termasuk saya yg kerdil ini.

        Denaihati

        September 26, 2011 at 8:27 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: