Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Pelaburan ASB halal atau haram!

leave a comment »

Mengikut sunnah dan tradisi ahli salaf, sebenarnya lebih baik mengelakkan diri dari bercampur duit antara yang halal dan haram. Islam sebenarnya mudah, mungkin ada pihak yang sengaja mensusahkannya. Menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam sebenarnya ada muslihat tertentu.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’  Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0043

Link ini dapat dilihat sepenuhnya di laman web

 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penilaian-semula-hukum-pelaburan-aamanah-saham-nasional-asn-dan-amanah-saham-bumiputera

Tetapi ada status yang bermaksud tidak diwartakan sila download.

Mungkin kalau sesiapa sudah buat pinjaman sebanyak RM 100,000 akan dikenakan exit fee, dan perlu melangsaikan hutang untuk mengeluarkan duit masukkan ke skim simpanan yang berlainan pula. Ataupun, akan menyebabakan spekulatif dan populariti ASB menurun disebabkan fatwa yang dikeluarkan. Pelikkan!

Sebagai orang Islam kita mestilah menjauhkan yang haram. Semestinya, bukan ASB sahaja medium menyelamatkan ekonomi umat Islam. Dan berpusu-pusulah orang Islam membeli emas, tanah dan unit trust 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 pada Februari 2008 meletakkan ASB dan ASN sebagai harushttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Untuk melihat kesemua fatwa yang  dikeluarkan sila lihat disini!

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa?keys=amanah+saham+bumiputera&tid_2=All

 Adakah anda tahu setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza, mengikut kepentingan maslahah bersama-sama

Maka dengan keluar statement begini peninglah umat Islam sebentar! Tinggal di Kuantan, berfatwakan di Seri Kembangan.

Shariah security commision juga pernah mengeluarkan statement yang sama. It does not comply to Shariah Committee on Islamic Unit Trust Fund. Dan berpusu-pusulah orang Islam membeli Islamic Unit Trust.

Kesian umat Islam nak melabur pun tak tau dimana.

Sebenarnya, pada hakikat ada tempat yang paling sesuai umat Islam melabur.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

As-Saf 61: 10-14

Kedua-duanya ditujukan kepada orang yang beriman! dan Tips ini adalah dari Allah!  Jangan konfius dengan dunia ini, Allah sangat dekat dengan kita.

Kalau untung RM2.00 dermalah RM 0.02 kalau untung RM20,000 derma RM200. Senang jer formula ini. Bila sudah tiada, wakafkan sahaja pada Baitul-mal supaya keuntungan dunia yang sementara ini, menjadi selama-lama ketika anda sudah tiada. Perjalanan hidup di dunia ini sebenarnya hanya sekelip mata sahaja.

Surah di atas, bukan pendapat sesiapa tetapi adalah nasihat Allah!

Jadi dimanakah anda perlu melaburkan duit anda? Kena perah kepala menjawab persoalan ini! 

1. Laburlah duit dalam pendidikan agama untuk isteri anda
2.  Laburlah duit dalam pendidikan agama untuk anak-anak anda
3. Laburlah duit dalam surau-surau anda bersolat
4. Laburlah duit dalam rumah-rumah anak yatim
5. Laburlah duit dalam  perniagaan yang menegakkan syariat Allah
6. Laburlah duit kepada ayah dan ibu anda yang mendoakan anda sejak kecil
7. Laburlah harta anda kepada majalah-majalah, novel-novel, cerita-cerita dan karya Islami yang mampu menegak ugama Allah
8. Laburlah duit anda kepada sanak-saudara yang susah beragama Islam dan bukan Islam  di seluruh dunia
10. Laburlah untuk membela perjuangan menegakkan Syariat Allah dalam pemikiran, pemahaman, penulisan dan ideologi serta perbuatan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Riwayat at-Tirmidzi

Disemak oleh Nadiah- Jawapan tidak spesifik.

Written by khairulorama

September 26, 2011 at 11:24 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: