Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Dunia Arab tidak malu!

leave a comment »

Kematian Muammar Ghadafi yang tanpa bicara sebenarnya menampakkan kucar kacir pemikiran umat Islam ini. Katakanlah Muammar Ghadafi ini zalim atas kekuaasannya 40 tahun yang dahulu, seperlunya ada mahkamah ke atas perbuatannya. Malu menjadi orang Islam kerana terlalu pendek pemikiran umat Islam masa ini. Seharusnya seorang pemimpin mesti dibacarakan.

Kematian-kematian yang baru-baru ini, Ghadafi dan Osama dua-duanya tidak ada perbicaraan. Apa jenis keadilan ini? Tiba-tiba mati! 

Sepatutnya kita perlu lihat kesalahan-kesalahan yang telah dibuat untuk dibicara samada, dia betul atau salah! Ini tidak, terus dibunuh. Masalahnya, dia telah di tangkap dan dibunuh. Bukannya, dibunuh semasa operasi. Buat malu saja pada dunia.

Walau bagaimana marah pun, kawal lah sedikit. Belajar tentang iman tetapi macam haiwan! 

Mana pergi ulama yang tidak mahu menaikkan suara! Mana pergi pemimpin dunia Islam ceh kata OIC! AKu orang biasa pun boleh berfikir perbuatan membunuh dalam tahanan salah! Pembunuhan dalam tahanan adalah benda yang keji. Sudah dalam tahanan jagalah baik-baik. Kalau sakit, beri ubat. Kalau lapar beri makanan. Kita yang menjaga dunia Islam ini. Bukan orang kafir yang menjaga dunia Islam.

Marah sangat sampai berbunuhan.

Sepatutnya ada perasaan kesian tidak kisahlah kalau orang tu kafir atau islam. Perasaan kasih-sayang adalah penyelamat untuk manusia.

Rasullullah tidak pernah mengajar membunuh tahanan.

Sekali lagi, kalau orang itu salah buktikan dia salah. Baru betul hudud itu.

Libyan walaupun sudah kematian Ghadafi, sebenarnya perlu bangun dari tidur, dan teruskan revolusi pemahaman dan idea penyatuan umat Islam sedunia. Bawakan revolusi kemajuan umat Islam, oleh Mustafa kalau berani. Kalau ada muslim berdiri sebelah menyebelah baru bergegar jantung kalau muslim itu semuanya profesional dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Seorang Libyan yang mengaku membunuh Ghadafi sebenarnya terdesak mencari rasional pembunuhannya. Jadi mengaku dan siarkan dalam Youtube. Penakut! Cari di Youtube! Mungkin dia tidak boleh tidur lena pada malam kerana menjadi seorang pembunuh.

Sekarang sudah masuk perangkap Dajal. Membunuh adalah dosa besar! Tidak kiralah siapa yang dibunuhnya.

Perbuatan itu sudah salah! 

Written by khairulorama

October 26, 2011 at 11:51 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: