Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Perbezaan menjual barangan di Facebook, Mudah, Lelong dan Pos.me

leave a comment »

Mekanisma menjual barangan online di Malaysia sebenarnya sudah maju. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, penjual memerlukan orang tengah iaitu Web programmer untuk membuat aplikasi seperti Shopping Cart, Credit card payment gateway, dan Invoice.

Malah untuk meng’upload’kan gambar pun, memerlukan sedikit pemahaman kepada format seperti JPG dan pengaturcaraan HTML.

Untuk bermula menjual online, saya rasa lebih baik memulakan jualan dengan memahami konsep perniagaan online. Saya silap dulu kerana menjual barangan dengan membuat promosi, tetapi tidak mengkaji permintaan pasaran. Permintaan perlu dipastikan sebelum menjual barangan tertentu. Saya rasakan untuk mendapatkan idea untuk menjual barang, anda mestilah mengetahui permintaan pasaran sekarang, dan seterusnya memberikan tawaran /harga yang lebih kompetitif berbanding dengan pasaran offline.

Kedua, setelah mengkaji permintaan tertentu, anda perlu membuat promosi secara bijak iaitu menjual barang ditempat yang betul.

Facebook menyediakan peluang yang paling besar kerana jumlah penggunanya di Malaysia sendiri adalah lebih daripada 4 juta. Oleh itu, terdapat pelbagai permintaan dalam Facebook sendiri.  Anda boleh membuat tawaran dengan menjualkan barangan (tangible) dengan harga yang lebih murah kepada pertama, kawan-kawan dan saudara mara, kedua anda berkemungkinan untuk menembusi pasaran dengan komentari kawan-kawan dan sokongan. Metodologinya mudah, uploadkan gambar, meletakkan harga barang dan nombor telefon. Facebook mudah, cepat dan hanya dapat membuat promosi kepada saudara dan kawan-kawan.

Mudah.my juga merupakan laman web yang menyediakan peluang untuk membuka kedai online secara percuma. ProNiaga sesuai sekiranya anda mempunyai produk yang murah dan mempunyai harga yang lebih kompetitif. Seperti Facebook anda mudah untuk upload gambar, meletakkan harga barangan dan nombor telefon. Tetapi terlalu ramai lagi orang lain menggunak an servis ini. Masalahnya, setiap produk anda mestilah dapat di buat verifikasi oleh admin Mudah. Gambar yang anda upload akan mempunyai watermark mudah.my. Selain daripada itu, untuk mendapatkan iklan anda ‘naik’ di Mudah, ia memerlukan masa lebih kurang 3 jam.

Lelong mempunyai mekanisma yang berbeza. Ia adalah suatu tempat untuk lelongan barangan. Masalahnya, adalah pendaftaran barangan anda. Anda mestilah menjual dengan harga yang murah untuk mendapatkan perhatian yang sebaiknya. Ia juga mempunyai sistem rating mengenai penjual. Penjual yang menghantar barangan lewat akan mendapat markah negatif. Jadi anda perlulah menghantar barangan dengan cepat.

Pos.me pula adalah perkhidmatan kedai online yang dibina oleh PosLaju. Ia memberikan perkhidmatan untuk shopping cart dengan cara menguploadkan gambar. Sungguh mudah. Tetapi pos.me tidak begitu popular lagi.

Tidak seperti 10 tahun lalu.

Sekarang anda boleh buat semuanya sendiri. Mahukan idea?

Written by khairulorama

October 29, 2011 at 4:13 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: