Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Merenung jauh-jauh sebagai seorang suami!

leave a comment »

Merenung jauh bukan berangan. Sebagai seorang lelaki kita mestilah menjadi contoh. Contoh yang baik buat isteri dan anak. Tidak bangun lewat, kuat beramal dan kuat mengingati Allah. Seorang suami mithali mestilah disayangi oleh isterinya, dihormati oleh anaknya, serta disegani rakan taulan.

Sempat ke website Pakarhowto mengenai menjadi seorang suami mithali.

Suka kepada beberapa point penting, iaitu;-

1. Mestilah mempunyai niat untuk menjadi suami yang terbaik

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan (sesetengah orang amat susah mencari pasangan) dan bersyukur kerana mempunyai anak (10% pasangan tidak mempunyai anak-anak)

3. Mempunyai masa yang secukupnya untuk isteri dan anak-anak. Maksudnya mempunyai masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. (Sudah serik dengan oncall yang banyak!)

4. Selalu senyum bila berada di rumah. Tinggalkan kerja di tempat kerja tetapi memberi konsentrasi di rumah sebaiknya.

5. Mestilah selalu menghiburkan hati isteri. Buat lawak yang amat bodoh!

6. Mestilah selalu membantu isteri membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, membuang sampah dan menjaga anak.

7.Menjaga penampilan, supaya selalu hensem dan segak di dalam dan di luar rumah!

8. Kena selalu mendidik isteri menjadi seorang yang solehah dan mukminah

9. Sentiasa menyimpan rahsia isteri dan rahsia-rahsia kekeluargaan.Ini amat penting untuk menjaga dinamik hubungan rumah tangga.

10. Menjadi seorang yang lebih sabar, tidak panas baran, dan pemaaf. 

11. Mendahulukan keperluan isteri dan anak dan kemudian baru orang lain. Susah untuk seorang doktor!.

12. Cintai isteri sepenuh hati!

13. Menyokong  sepenuhnya idea-idea baru isteri dengan memberikan galakan dan motivasi

14. Sentiasa berubah kearah positif dan mahukan yang terbaik untuk keluarga dan bukan ala kadar

15. Mempunyai kematangan yang tinggi dalam membuat keputusan. Keputusan yang terbaik adalah apabila semua orang menang.

Umar renung jauh-jauh!

Written by khairulorama

November 3, 2011 at 12:34 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: