Khairulorama. Life and Work Notes.

Pain is the predecessor of success.

Kajian Akhlak masyarakat daripada kisah budak kecik cina kena langgar!

leave a comment »

Nota Sabtu!

Susulan daripada ‘Budak kecik Cina yang dilanggar’.Ini adalah sebuah entri yang neutral. Apa perlu buat?

Apa sepatutnya dilakukan oleh driver tersebut adalah, pertama minta bantuan orang ramai untuk mengalihkan kanak-kanak tersebut,kedua telefon ambulan dan minta pertolongan, ketiga telefon ibu bapa kanak-kanak tersebut dengan segera, keempat bantu keadaan kewangan ibu bapa kanak-kanak tersebut,kelima melawat kanak-kanak tersebut di hospital, keenam berdoa untuk kanak-kanak tersebut!   

Tetapi akhirnya kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. No prompt action taken has taken the life of the child. Ingat tu!

Aku salahkan sistem kehidupan. Apabila tiada sistem kehidupan maka inilah yang berlaku. Nilai nyawa dan material disamakan. 

Dalam Islam, mengikut pendapat fuqaha ada beberapa tingkat kepentingan maslahah umat mestilah di dahulukan. Maqasid syariah adalah matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Kepentingan sekali saya katakan, kepentingan umat manusia.

Saya masih lagi sedih melihat video seorang kanak-kanak perempuan Cina berumur 2 tahun sahaja, yang digilis oleh Van, bukan sekali tetapi dua kali. Tiada akhlak lansung, dan sistem kehidupan lansung tiada. Sama seperti zaman jahiliyah agaknya. Agaknya ‘fail’ pendidikan moral. Agak pelik kerana tiada siapa yang menolongnya. Kenapa ini berlaku?

Teringat kepada suatu sunnah iaitu jangan menceritakan keburukan orang lain. Tetapi kali ini, ingin dijadikan pengajaran kepada diri sendiri supaya sentiasa menjaga umat manusia ini. 

Jangan tengok video ini kalau hati anda lemah! Boleh pitam melihat gelagat manusia.

Lansung tiada rasa kasih sayang. Lansung tiada rasa belas ihsan. Semua sudah dijadikan objektif. Nyawa, material, akal dan anak. Tunggang langgang ini!

Ya Allah, jauhkan diri kami dari Azab api neraka. Wahai Tuhan, aku tidak layak ke Syurgamu, namun tidak pula sanggup ke Nerakamu. Kami lah hamba yang mengharap belas kasih dariMu.

Pengajaran hari ini, mestilah ada rasa kasih sayang kepada semua makhluk seperti Rasullullah dahulu. Mestilah berdoa bermula hari ini, agar Allah memperbanyakkan lagi rasa kasih sayang kepada manusia,bos, pesakit, keluarga, anak dan saudara!

Agaknya kalau Rasullulah nampak kita pada hari ini. Baginda menangis melihat umatnya. Aku tak tahu mana nak letak muka, malu dengan Rasullullah.

Advertisements

Written by khairulorama

November 5, 2011 at 7:59 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: