Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Melayu terhebat!

leave a comment »

Aku bukan malay supremist! Tetapi seorang yang memerhati dan berfikir serta menulis idea-idea. Aku amat malu apabila menaip melayu di Google. Melayu ?  Merapu? Bangsaku, melayu layu!

Siapalah agak-agaknya Melayu terhebat? Mengapa perlu adanya title terhebat ini. Kerana Melayu yang terhebat adalah seorang yang mampu mengubah destinasi negara Malaysia. Ada betulnya, kalau Merdeka Awards memilih, Professor Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid, Professor Dato’ Dr. Khalid Bin Abdul Kadir, Tun Dr Mahathir, dan ayah Nadiah!

Abah ada menghadiahkan aku sebuah buku nipis by Pelanduk Publisher bertajuk Ungku Aziz. Sebuah buku nipis yang memberikan impak yang amat tinggi kepada motivasi diri untuk menjadi yang terbaik!

Sedikit mengenai Prof. Ungku Abdul Aziz.

PROFESSOR DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID
Professor Diraja Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid dipilih sebagai penerima sulung Merdeka Award dalam kategori Pendidikan dan Komuniti atas sumbangannya yang amat besar kepada usaha membasmi kemiskinan, pembangunan ekonomi luar bandar dan pelbagai pencapaian dalam bidang ekonomi dan pendidikan.Dilahirkan di London, England pada 28 Januari 1922, Professor Diraja Ungku Aziz merupakan seorang ahli ekonomi, pentadbir, cendekiawan, olahragawan dan penulis yang terkenal. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Malaya, serta yang paling lama memegang jawatan tersebut, selain muncul sebagai ahli ekonomi Melayu yang pertama. Beliau juga satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah dikurniakan gelaran Professor Diraja sehingga hari ini.Dalam bidang PENDIDIKAN, Professor Diraja Ungku Aziz telah memberi dua sumbangan yang amat penting, terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi dan teorinya berkenaan kemiskinan luar bandar.Dalam bidang pengajian tinggi, beliau memimpin Universiti Malaya selama empat penggal sebagai Naib Canselor dan menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia untuk pengajaran di universiti. Untuk pencapaian ini dan pencapaian lain, beliau telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa serta ijazah kedoktoran kehormat, termasuklah “Ordre des Arts et des Lettres” dari Kerajaan Perancis, “Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure First Class” dari Maharaja Jepun dan “Academic Prize 1993, the Fukuoka Asian Cultural Prize”.Dalam usaha penyelidikan beliau, Professor Ungku Aziz telah memperkenalkan “indeks sarong” untuk mengukur tahap kemiskinan dan pembangunan luar bandar. Beliau juga melahirkan teori sistem m-m yang membawa hipotesis bahawa punca kemiskinan luar bandar berkait rapat dengan produktiviti rendah, yang berpunca dari eksploitasi.

Selain dari itu, Professor Ungku Aziz juga mempelopori kajian mengenai pembahagian estet getah yang berlaku selepas kemerdekaan negara, yang menyumbang kepada pemahaman analitikal tentang kegagalan sistem perladangan dan kemunculan pekebun kecil getah di Malaysia.

Dalam lapangan pembangunan KOMUNITI, Professor Ungku Aziz telah memberikan dua sumbangan besar melalui dua institusi peringkat nasional yang penting yang menjalankan kegiatan yang berjaya mengubah situasi sosioekonomi segenap lapisan rakyat Malaysia.

Institusi pertama adalah Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang juga merupakan hasil buah fikiran beliau. Professor Ungku Aziz memperkenalkan dan memperincikan prinsip asas Tabung Haji untuk membantu memajukan ekonomi luar bandar serta membolehkan Umat Islam di negara ini menunaikan ibadah Haji. Semenjak dari itu, Tabung Haji telah berkembang menjadi institusi kewangan Islam yang dicontohi dengan pelbagai bentuk pelaburan, termasuk dalam bidang pembinaan, perladangan dan pelancongan.

Institusi kedua pula merupakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) di mana Ungku Aziz memainkan peranan sebagai Presiden sejak tahun 1971. ANGKASA adalah badan induk yang dianggotai hampir 2,900 buah koperasi dari seluruh negara. Oleh yang demikian, ianya memainkan peranan yang amat penting dalam membimbing gerakan koperasi di Malaysia dan memperjuangkan hak-hak dan aspirasi mereka.

Dalam bidang ini, Professor Ungku Aziz telah menerbitkan Prinsip-Prinsip Koperasi pada tahun 1980 untuk mendidik masyarakat umum dan memberi kesedaran mengenai prinsip koperasi serta pengurusan operasi dan kewangan koperasi. Beliau juga mewakili gerakan koperasi kebangsaan di pelbagai peringkat antarabangsa, anataranya sebagai Naib Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Pejabat Serantau bagi Asia Pasifik Persekutuan Antarabangsa Koperasi.

SEBAGAI KESIMPULAN, pencapaian dan sumbangan Professor Ungku Aziz pertama sekali, dalam mempelopori dan menjalankan penyelidikan mendalam mengenai kemiskinan dari sudut ekonomi.

Keduanya, kajian beliau dalam bidang ini menjadi sumber rujukan penting dalam membantu pembuat dasar membangunkan strategi baru dan program untuk mengurangkan kesan kemiskinan dan ketiganya berperanan penting mendokong usaha kerajaan ke arah usaha pembasmian kemiskinan yang berterusan, dan pembahagian pendapatan secara saksama di negara ini.

Professor Ungku Aziz merupakan seorang insan renaisans masa kini yang bukan sahaja berilmu dan cemerlang dalam pelbagai cabang pengetahuan dan bidang. Beliau adalah gambaran ungkapan “insan mampu melakukan apa sahaja, jika ada keinginan”. Penerokaan dan pencapaiannya, sifat amanah, kecekalan dan dedikasi beliau melambangkan semangat Merdeka, yang membuktikan bahawa kemampuan insan tiada terbatas.

Daripada the Merdeka Awards

Untuk motivasi generasi akan datang!

Apa yang anda akan jumpa apabila menaip melayu terhebat! Anda akan terkejut yang keluar di search google adalah sampah. Langsung tidak membicarakan siapa dia MELAYU terhebat! Ketika posting ini dibuat Page Rank di Google adalah yang ke 38!

Mana pergi melayu-melayu terhebat! Mana pergi computer programmer yang mampu mengubah search engine google supaya melayu terhebat menjadi PR 1.

Kalau mahu search di Google, siapa dia melayu terhebat pun, anda tidak akan jumpa, tetapi yang akan anda jumpa adalah, *akar terhebat, filem melayu terhebat, drama melayu terhebat, dan bukanlah tokoh-tokoh negarawan yang hebat!

 

Written by khairulorama

November 21, 2011 at 9:38 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: