Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Mutiara untuk seorang Doktor

leave a comment »

Mutiara untuk seorang doktor.

Bukan sekadar MBBS.

Tugas menjadi seorang doktor sebenarnya amatlah payah. Keinginan hati untuk buat yang terbaik kepada pesakit memerlukan sebuah mujahadah yang berterusan ,dan berserah bulat penuh-penuh kepada Allah s.w.t.  Ia bukan isu, kerja kurang daripada 90 jam seminggu, atau elaun oncall yang rendah, tetapi adalah lebih bernilai dari itu semua.  Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberikan motivasi dan mengingatkan kepada doktor-doktor Islam bahawa ibadah am yang dilakukan ini hanyalah untuk Allah. Ingatlah ayat ini

 

Surah As-Shuara 26:80

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku !”

 

Ya ! bukan anda yang bergelar doktor yang menyembuhkan penyakit itu. Kuasa yang menyembuh itu hanyalah Allah.

 

Dalam pada masa yang sama Allah swt berfirman

 

 

Surah Yunus 10: 57

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

 

Penyakit dan doktor adalah sesuatu yang  tidak dapat dielakkan dalam zaman ini. Pada zaman mutaakir ini, terdapat banyak  diskusi mengenai fungsi seorang doktor muslim yang menggunakan perubatan moden sebagai cara dalam mengubati pesakit. Sebenarnya mutiara-mutiara yang amat bernilai tersimpan dalam setiap muamalat dalam mengubati pesakit untuk seorang doktor. Terdapat banyak hikmah semasa anda menguruskan seorang pesakit. Doktor muslim sebenarnya adalah antara golongan yang beruntung kerana dapat memahami kehidupan ini melalui pesakit serta memahami ayat al-quran secara terus.

 

Surah Al-Isra 17:82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Secara peribadi aku merasakan sebelum menjadi seorang doktor, seseorang muslim itu perlulah menyembuhkan dirinya dahulu. Begitu banyaknya penyakit hati dalam hati seorang doktor, dan perlulah ada kesedaran bahawa seorang doktor hanyalah alat dan matlamat utama itu masih mencari keredaan Allah s.w.t. Nasihat Syeikh Badiuzaman Said Nursi, para doktor yang alpa tentang akhirat dan tenggelam dalam lumpur material merupakan orang yang paling teruk mengalami masalah kesakitan.  Sebenarnya menjadi seorang doktor itu adalah perkara yang sunah yang nabi telah lakukan sebelum ini. Nabi sendiri pernah mengubati pesakit pada zaman baginda.

Anda mungkin merasakan ward round anda sesuatu yang bosan. Tetapi mengujungi pesakit adalah arahan Rasullullah s.a.w

 Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bebaskanlah orang tawanan, beri makanlah orang lapar, dan kunjungilah orang sakit!”. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1371.

 

Orang yang sakit sebenarnya diberikan sedikit kelapangan. Ini dapat dilihat dalam hadis berikut

Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Apabila seseorang kamu solat (jadi imam), hendaklah meringkaskannya, kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit, dan orang tua. Dan apabila dia solat sendirian, panjangkanlah sekehendak hatinya.” Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0396.

Sakit itu menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa)

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: “Rasulullah saw. datang berkunjung ke rumah. Ummu Saib, maka bertanya beliau, “Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?” Jawab Ummu Saib, “Demam! Allah Ta’ala tidak memberi berkat dengannya.” Sabda Nabi saw., “Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya dapur tukang besi membersihkan karat-karat besi.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2207.

 

Sakit itu akan memperteguhkan diri dalam mengimani Allah swt

 Dari Aisyah r.a., katanya: Apabila Rasulullah s.a.w merasa sakit, beliau hembuskan atas diri beliau ayat Ma’awwizat (Qul a’uzu birabbil falaq dan Qul a’uzu birabbin nas) dan beliau sapu badannya dengan tangan beliau. Ketika beliau sakit meninggal, saya hembuskan atas diri beliau Ma’awwizat yang pernah beliau hembuskan itu dan saya sapukan badannya dengan tangan beliau sendiri”. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1572.

 

Semua penyakit ada ubatnya. Ini diterangkan di dalam hadis berikut

Dari Jabir r.a. dari Rasulullah saw., sabdanya: “Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila tepat ubat suatu penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2067.

 

Jibril pernah mendatangi Rasullullah dan mengajarkan doa ini

Dari Abu Sa’id ra., katanya: “Jibril datang kepada Nabi saw., lalu dia bertanya. “Ya, Muhammad! Apa kah engkau sakit?'” Jawab beliau, “Ya!” Lalu Jibril membaca mentera, “Bismillalli arqiika min kulli syai-in yu’dziika, min syarri nafsin au ‘ainin hasidin. Allaahu yasyfiika, bismilahi arqiika.(Dengan nama Allah ku menterai engkau dari segala yang menyakiti, tersebab kejahatan manusia atau pengaruh jahat pandangan mata di pendengki. Allah akan menyembuhkan dengan nama Allah ku manterai engkau)Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2048

 

Orang yang mengunjungi orang sakit akan sentiasa berada dalam kesenangan

Dari Tsauban r.a., maula Rasulullah saw., katanya beliau bersabda: “Siapa mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetik sampai dia pulang kembali.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2199

 

Begitu banyak mutiara yang ada pada pesakit sekiranya anda melihat secara holistik. Tetapi mutiara-mutiara harus digali dan dicari.

 

Nantikan artikel seterusnya!

Written by khairulorama

January 24, 2012 at 4:22 pm

Posted in Islam, Medical Life, writing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: