Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Sebelum kena sakit..

leave a comment »

Sebelum kena stroke, gunakanlah masa untuk membaca Al-Quran, kerana kalau anda kena stroke anda tidak dapat mengenal huruf dan membaca al-quran seperti sediakala. Masa itu, anda akan sedih, kerana anda tidak boleh lagi membaca al-quran. Mampukah anda mengenal Al-Quran? atau mengingati ayat-ayat lazim? Apatahlagi anda hendak sujud. Amat susah dahi hendak menyentuh bumi kerana anda tidak berdaya lagi. Adakah anda akan ingat dengan Allah, bila temporal lobe anda sudah mati?

Sebelum kena serangan jantung, baca dan zikirlah kalimah lailahallah, kerana ketika anda kena Cardiogenic shock, belum tentu anda sedar. Apabila ejection fraction sekitar 25 % mungkin kejap anda sedar dan sebentar lagi anda tidak sedar. Boleh kah lidah anda membaca wirid – wirid, hasbunallah dan berselawat. Sedang Allah dan malaikat pun berselawat keatas Rasullullah, anda tidak mampu lagi berselawat.

Sebelum anda kena diabetic retinopathy, bacalah dan hafazlah Al-Quran, kerana ketika mata sudah rabun, anda tidak berdaya lagi membaca al-Qura dengan sendiri. Walaupun, telah di operate tapi mampukah anda membaca al-Quran seperti muda-muda dahulu.

Sebelum anda kena COAD, lafazkan kalimah tauhid sebanyak-banyaknya. Kalau sudah di intubate dan dilettakkan dengan ventilator, macamana nak berzikir!

Sebelum anda kena penyakit lemah jantung, pergilah menguruskan diri membayar zakat dan buat haji. Takut-takut lupa bayar zakat kerana kalau anda hendak pergi ke private center membuat COROS, anda memerlukan RM 60K. Just to open your 3VD dan seterusnya untuk CABG. Mampukah anda membayar zakat pada waktu itu. Fikirkan lah, mampukah anda membuat tawaf dan sai’e kalau jantung anda lemah. Kejap-kejap berhenti, dan kejap-kejap berhenti.

Sebelum anda kena haemodialysis, pergilah ke surau dan masjid. Kalau sudah dialysis 3 X seminggu, nah lebih penat dari pergi ke sembahyang Jumaat yang hanya sekali seminggu. Masa yang ada untuk pergi ke Surau sudah diberikan kepada dialysis.

Sebelum sakit buatlah yang terbaik untuk diri sekarang. Bukan esok, tetapi detik ini. Lafazlah kalimah lailahalillah sebanyak mungkin.

Semoga Allah merahmati kita semua.

🙂

Written by khairulorama

February 27, 2012 at 5:29 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: