Khairulorama. Life and Work Notes.

Pain is the predecessor of success.

[Al-Quran] Pertanian sebagai sumber rezeki

leave a comment »

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Al Baqarah 2:22

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan tanah Melayu ini pelbagai sumber buah-buahan. Buah kelapa sawit, buah koko malah buah getah ( susu getah) . 12% daripada GDP Malaysia ialah Pertanian. Dan Alhamdulillah yang berikan segala rezeki ini ialah Allah. Domestik buah-buahan di Malaysia ini termasuklah, buah durian, dragon fruits dan rambutan. Buah-buahan yang kita ada ini adalah buah-buahan yang exotic.

Di Malaysia ini, apa sahaja yang ada. Kalau pandai berkomputer, dapat buat program dan ada company yang mempunyai MSC status dan boleh jual dalam satu dunia.  Kalau pandai berniaga sumber modal ada, boleh berniaga dengan mudah. Kalau pandai menjaga orang boleh jadi doktor. Alhamdullillah, Allah menjadikan setiap peluang yang ada untuk orang-orang di Malaysia.

Jadi gunakanlah peluang itu.

Doa Nabi Ibrahim, dalah surah al-Baqarah 2:126

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

AL Baqarah 2:126

Jadikan amalan bersama. Alhamdulillah, Allah yang beri.

Advertisements

Written by khairulorama

May 22, 2012 at 5:28 am

Posted in Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: