Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Al-Fatihah

leave a comment »

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0349.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, “Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?” Jawabnya, “Bacalah perlahan-lahan! Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Allah Ta’ala berfirman: “Solat itu Ku bagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan ‘Alhamdu lillahi rabhil ‘alamin’, maka Allah Ta’ala menjawab, ‘Hamadani ‘abdi’ (Hamba Ku memujiKu). Apabila dia mengucapkan ‘Arrahmanirrahim’ (yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Ta’ala menjawab, ‘Atsna ‘alayya ‘abdi’ (HambaKu menyanjung Ku). Apabila dia mengucapkan ‘Maliki yawmiddin’ (Maha Penguasa hari kemudian), maka Allah Ta’ala menjawab, ‘Majjadani ‘abdi’ (HambaKu mengagungkanKu), atau ‘Fawwadha ilayya ‘abdi. (HambaKu berserah diri kepada Ku). Apabila dia mengucapkan ‘Iyyaka na’budu wa iyyaka nasla’in’ (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong), maka Allah ta’ala menjawab, ‘Hadza bayni wa bayna ‘abdi, wa li ‘abdi ma saala’ (inilah bahagianKu dan bahagian HambaKu, Untuk hamba-Ku apa yang dimintanya). Apabila dia mengucapkan ‘Ihdinash shirathal mustaqim, shirathalladzina an ‘amta ‘alaihim ghairil maghdhubi ‘alaihim waladhdhaallin’ (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat), maka jawab Allah ta’ala, ‘Hadza li ‘abdi, wa li ‘abdi ma saala’ (inilah bahagian hambaKu, untuknya apa yang dimintanya).

 

Written by khairulorama

April 28, 2014 at 7:33 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: