Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Berfikiran logikal

leave a comment »

Berfikiran logikal oleh Prof. Sidek Baba
excerpt  from Utusan Malaysia , Khamis 22 Jun 200

Menjadikan hikmah atau Kalam Tuhan sebagai asas menyebabkan fikiran berkembang yang dipandu dengan zikir. Akal subur disirami petunjuk. Daripadanya lahir keinsafan zahir batin bahawa sifat nisyan atau lupa dan ghaflah iaitu lalai yang ada pada remaja tidak menjadikan remaja serba tahu akan segala-gala.

Edward de Bono, dalam bukunya, Thinking Course, menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keaddan. maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar benar dan diterima akal. Berasaskan kefahaman ini bolehlah dirumuskan bahawa berfikir logikal ialah suatu proses pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.

Bagi para remaja yang ingin menjana pemikiran, maklumat, ilmu dan kebenaran, pemikiran logikal adalah penting buat mereka. Berfikir logikal akan menyingkirkan faham tahyul, mitos dan perkara-perkara yang tidak mempunyai asas maklumat, ilmu dan data. Ia membimbing remaja kepada perkara yang benar. Kebenaran adalah suluh. Tanpa suluh pemikiran, remaja akan gelap. Disitulah lahirnya kejahilan dan kegelapan.

Dalam tradisi Islam, berfikir logikal dikaitkan dengan hikmah. Hikmah adalah sumber daripada Pencipta alam ini. Al-Quran adalah sumber hikmah yang amat hebat. Perkhabaran daripada al-Quran, maklumat yang dirakamkan, kisah yang diceritakan, ilmu yang yang terdapat, petunjuk yang diberi adalah sumber yang amat bernilai bagi memandu remaja ke arah kebenaran.

Kebenaran yang dijana oleh akal adalah kebenaran yang bersifat zahiri. Akal yang dihubungkan dengan

to be continued… 

Written by khairulorama

June 28, 2006 at 8:40 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: