Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

Bimbang generasi kini dijajahi budaya ‘isme’ moden

leave a comment »

MENJELANG 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan yang akan disambut besar-besaran tahun depan, wajar ditanya sampai bila kemerdekaan dalam erti kata sebenar dapat dipertahankan?.

Apakah kita hanya merdeka dari sudut politik, tetapi di bidang ekonomi, teknologi dan budaya, kita menjadi hamba kepada tuan-tuan penjajah yang baru? Inilah perkara asas yang mesti difikirkan oleh semua kaum di Malaysia.

Generasi muda Malaysia khususnya generasi yang lahir selepas DEB, tidak pernah melalui pahit-maung generasi pertama dalam membangunkan citra kemajuan dan perpaduan negara.

Generasi 3-G kini dibuai dengan kemewahan, suka berhibur, bersikap selesa. Dibimbangi jati diri mereka rapuh dan mudah lunturi pelbagai ‘isme’ baru yang berselindung atas prinsip kebebasan, hak asasi dan keterbukaan.

Saidinia Umar Al-Khattab r.a pernah berkata: ‘‘Jika mahu dilihat masa depan negara, lihatlah generasi mudanya hari ini.’’

Generasi muda Malaysia kini, adalah generasi ‘budaya segera’ yang sangat diadun oleh McDonaldisme, KFCisme, MP3isme dan handphoneisme.

Generasi yang kian pudar pegangan agama, rendah pemahaman dan kematangan sejarah negara, generasi leka dan lalai dengan alkohol dan budaya berhibur.

Yang kaya gemar clubbing, manakala yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah suka berpesta Jom Heboh, merempit dan ketagih air daun ketum.

Bagi kebanyakan mereka, tokoh-tokoh seperti Ungku Aziz, Tengku Abdul Rahman, Ainuddin Wahid, Zaaba, Tun Mahathir Mohamad, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Sheikh Abdullah Fahim (sekadar menyebut beberapa nama) tidak menjadi sebutan.

Sebaliknya yang dipuja hatta di peringkat anak-anak sekolah rendah adalah artis luar negara dan bintang sukan luar negara.

Inilah penjajahan minda, penjajahan budaya bentuk baru ‘isme’ moden yang terselindung dan ditadbir oleh jenama-jenama terkenal.

Penjajahan semula, yang tidaklah perlukan kaedah konvensional dalam, bentuk ketenteraan atau gerakan menyeberangi sempadan.

– SOBRI SUDIN,

Sentul, Kuala Lumpur.

Interesting thought, from utusan.com.my

Written by khairulorama

November 8, 2008 at 10:18 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: