Khairulorama. Life and Work Notes.

Pain is the predecessor of success.

..Kemahiran dan Teknik Membaca ..

leave a comment »

Kemahiran dan Teknik Membaca

By https://khairulorama.wordpress.com

Sekiranya Allah tidak mengilhamkan aku untuk menulis, tidak berdaya untuk aku menitis dakwat walau sepatah kata pun – Khairul

Ada terdapat banyak caranya untuk membaca. Teknik dan kemahiran yang amat penting ini menjadikan membaca itu satu eksasais yang dinamik.

Kemahiran membaca amatlah penting. Yang utamanya, adalah latihan dan aplikasi dalam koleksi data, kefahaman, dan analisis sesuatu perkara.

Ketika berada di universiti, saya mempunyai masalah untuk membaca. Bagaimana membaca secara efisien dan analitical?

Saya telah mengkaji beberapa teknik pembacaan yang membantu dalam pembelajaran.

Kita tidak mungkin mempunyai otak yang sama seperti, Albert Einstein dan genius- genius seperti lain.

Tetapi ingat kita mempunyai teknik, gaya dan iltizam yang amat tinggi untuk berjaya.

Antara teknik yang ingin saya kongsikan adalah:-

1. Super Accelerated Learning.

2. SAVI

3. Kanan Kiri Learning

4. SQ3R

5. Pembacaan Cause dan Effect

Pertama sekali kita lihat

1. Super Accelerated Learning.

Colin Rose telah mencipta pelbagai teknik dalam pembelajaran. Keterampilan ini tidak ternilai dalam persekitaran pendidikan dan bisnis yang sentiasa berubah.

Membaca super ini mempunyai lapan langkah.

Mari kita lihat cara melakukannya untuk membaca buku setebal 250 halaman.

1. Ciptakan gambaran keseluruhan buku yang sedang dibaca. Fikirkan pertama kali apakah gagasan arugumentasi dan idea umum yang ingin dibawa?

2. Lihat sekilas bahannya. Baca secara cepat teks di bab pertama dengan kecepatan sekitar 6 saat per halaman. Yang harus dicari adalah kata kunci dan gagasan ideanya.

3. Buatlah sketsa atau imej-imej yang anda ketahui.

4.  Timbulkan pertanyaan dalam sketsa tersebut, Apakah ideanya? Bagaimana dan mengapa ideanya begitu? Apakah kesimpulannya telah diuji?

5. Kemudian bacalah teks setiap bab, satu per satu. Bacalah pada kecepatan sekitar 15-20 saat per halaman. Di tahap ini dapat menggariskan gagasan baru dan menuliskan tanda tanya ?

6. Tinjau  semula. Baca kembali bab tersebut dengan cara berhenti di bahagian yang sukar. Dan inilah puncak kepada pembacaan anda,

Cuba mencari kaitan antara berbagai gagasan idea dan hujah.

7. Buatlah catatan dalam bentuk peta minda.

8. Mengulangi. Lihat kembali catatan anda. Tambahkan 5-10 minit lagi untuk seminggu kemudian, dan 5- 10 minit sebulan kemudian.

Nah begitu lah caranya dalam pembacaan yang terfokus dan tidak membuang masa. Pembacaan aktif dan catatan ulangan.

2. Teknik membaca Gaya SAVI

SAVI adalah akronim kepada Somatis, Auditori ,Visualisasi  dan Intelektual.

Membaca secara Somatis, bermaksud kita perlu melibatkan pergerakan fizikal. Membaca akan berkesan ketika tubuh kita adalah dalam keadaan yang tidak kepenatan.

Apabila selama membaca, tubuh kita akin mula merasa jemu dan latih.

Ya , membaca itu meletihkan.

Hentikan proses membaca dan gerakkanlah tubuh anda . Fikiran dan perasaan akin kembali aktif dan teruskan proses membaca.

Membaca secara Auditori. Kadang- kadang kita menemui beberapa kalimat atau patah kata yang sukar difahami.

Kita terkadang menjumpai baris – baris kata yang menarik, tetapi sukar membrikan kosentrasi.

Jadi bacalah , baris -baris kata terse but dengan kuat sehingga kita mendengari nya.

Membaca secara Visualisasi pula, beerti membaca secara dengan membayangkan atau imaginasi. Caranya, adalah menghasilkan bacaan yang berwarna yang memberikan pembacanya merasa senang- fun.

Sebaiknya ketika membaca cuba memberikan imej dan cuba bayangkan perkara yang di baca. Proses membayangkan ini, jelas akin mengesankan pembacaan buku terse but.

Membaca secara Intelektualisasi, adalah pembacaan yang menggunakan kecerdasan.

Pembacaan yang di buat adalah pembacaan yang refleksi dan juga menciptakan hubung kait idea.

Intelektual adalah bahagian diri yang merenungkan, menciptakan, memecahkan masalah dan membangunkan makna.

Dalam proses membaca ,potensi intelektual berkait dengan menulis.

Apabila setiap kali kita membaca sebuah buku, lalu kita berhenti. Kita catatkan atau merumuskan apa sahaja yang telah diperoleh dari pembacaan itu.

3. Teknik membaca Kanan Kiri (KaKi) Learning

Gagasan teknik membaca  KaKi bererti kegiatan membaca buku dengan memfungsikan otak Kanan dan Kiri.

Teori dominansi otak kiri dan kanan adalah seperti berikut.

Otak kiri ( Logika)

Perencanaan,Outline, Tata bahasa , penyuntingan, penulisan kembali, penelitian

Otak kanan ( Emosi)

Semangat, spontanitas, emosi, warna imaginasi, ada unsure baru, kegembiraan

Jadi apabila membaca

Cubalah menerapkan

1. Semangat. Ketika memegang buku dan melihat secara selintas judul buku penulisnya, dan sinopsis , apakan anda memperoleh semangat unutk mengetahui apa yang akin disampaikan oleh buku itu?

Cubalah rasakan dan cubalah melihat ke dalam diri anda sendiri, apakan anda memang bersemangeat untuk membaca buku yang kini anda pegang?

2. Spontanitas

Cuba anda renungkan, tergerakkan anda untuk membaca buku secara cepat? Apakah ada sikap spontan untuk merasakan nikmat buku yang anda baca?

3. Emosi

Apakah akin anda perubahan emosi dalam pembacaan anda?

Cubalah fahami degupan jantung anda ketika anda terlihat sebuah buku? Wujudkah perasaan bangga, buku yang anda pegang itu membangkitkan rasa ingin tahu?

4. Warna

Apakah buku yang anda baca benar-benar merikan pelangi dalam perasaan anda?

5. Ghairah

Tentulah ghairah anda tidak terbendung untuk menyelesaikan cepat – cepat buku yang anda baca.

6. Ada unsur baharu

Ketika pembacaan anda bermula dan ketika pembacaan dilangsungkan, tangkap dan ikat unsur baru.

Bukankan anda kemudian juda tertarik untuk membahagikan perkara- perkara baru itu kepada orang- orang yang terdekat?

7 .Kegembiraan

Inilah akhir perjalanan anda. Anda akin merasa gembira ketika membaca buku. Nikmatilah kegembiraan membaca buku .

Begitulah applikasi otak kanan dalam pembacaan.

4. SQ3R

Teknik ini sudah lama dipraktikkan oleh pelajar- pelajar cemerlang.

1. Survey – carilah tajuk-tajuk utama, subheading dan bahagian yang perlu diberi perhatian dalam pembacaan

2. Question- jadikan tajuk- tajuk utama ito kepada soalan yang anda kemukakan iaitu apa dan mengapa?

3. Read – bacalah perkara terse but untuk mencari jawapan kepada persoalan anda

4. Recite- jadikan soalan anda dan jawapan anda dalam bentuk kata-kata. Dan sebutkan satu persatu perkara yang anda telah pelajari.

5. Review – ambil masa untuk mengulang kaji ketika anda telah baca. Selepas 15 minit cuba lihat pencapaian anda dalam pembacaan aktif ini.

5. Pembacaan Cause dan Effect

Caranya adalah membaca  dengan mencari sebab pembacaan itu dibuat. Pembacaan itu dibuat kerana ingin tahu, ingin mendapatkan maklumat, bukan sekadar kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Sekiranya anda membaca itu dan ini  anda akin mendapatkan keuntungan setimpal jua.

Di atas adalah beberapa teknik dan kemahiran membaca yang memudahkah proses pembelajaran.

Advertisements

Written by khairulorama

July 4, 2010 at 1:16 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: