Khairulorama. Life and Work Notes.

Pain is the predecessor of success.

Membina Lelaki Sejati – untuk Umar Faruq

leave a comment »

Membina lelaki sejati – Daripada Risalah Hasan Al- Banna

 

Melalui artikel sebelum ini anda dapat saksikan Pertubuhan Ikhwan al-Muslimin merupakan jemaah yang terkehadapan dalam menjalankan progrma-program umum dan membina insituisi yang berguna seperti masjid, sekolah, unit kebajikan, pengajian umum, ceramah. khutbah nasihat dan kelab-kelab yang mengisi program berbentuk ceramah dan amali.

Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan berhadapan dengan zaman peralihan yang kriikal. Suatu bangsa yang mahu membina masa depannya di atas landasan yang mantap.

Masa depan yang menjamin kesejahteraan dan keselesaan buat generasi baru.

Bangsa yang mahu menuntut hak dan harga diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan yang berbeza

 

Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan permurniaan akhlak. Anak bangsanya oerlu didik agar memiliki sifat kelakian yang sebenar. Agar mereka mampu menghadapi segala rintangan sepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.

Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusai sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berketrampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelakian yang sebenar.

Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa seorang lelaki mampu membina sebuah bangsa jika dia memiliki sifat kelakaian yang sebenarnya.

Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini jika sifat kelelakiannya dihalakan ke arah kehancuran bukan ke arah pembangunan bangsanya.

 

Sesebuah bangsa juga terpaksa melalui zaman-zaman peralihan sepanjang hidupnya sama seperti zaman-zaman peralihan yang terpaksa dilalui oleh setiap individu.

Adakalanya seorang manusia dibesarkan oleh ibu bapa yang kaya dan penyayang.

Orang ini tudak pernah berhadapan dengan masalah yang menggangu fikirannya atau menghiris hatinya.

Dia juga tidak pernah diminta melakukan sesuatu yang memenatkan. Dalam masa yang sama, ada seorang lagi yang terpaksa membesar dalam keadaan yang sukar. Dia dibesarkan oleh ibu bapa yang miskin dan tidak berupaya. Setiap kali menjelang pagi, pelbagai masalah akan bermain di kepalanya. Pelbagai kerja yang perlu dilakukannya.

Maha suci Allah yang melahirkan manusia dengan nasib yang berbeza.

 

Kita di takdirkan lahir dalam generasi yang sdang menjadi habuan pelbagai bangsa lain.  Generasi yang sedang berjuang bermati-matian unutk hidup. Kemenangan pasti berpihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang sangat getir dan kita merasai kepahitannya.

Kitalah yang bertanggunjawab memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan kita serta menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita.

 

Takdir juga telah menentukan kita terpaksa menempuhi era peralihan yang sengit. Di zaman pelbagai gelombang fikiran, aliran fahaman dan kepentingan peribadi yang mencorak inidividu, bangsa, kerajaan, pertubuhan dan dunia seluruhnya. Akibatnya fikiran dan jiwa manusia menjadi keliru dan tidak menentu.

Manusia ibarat pengemudi kapal yang hanyut di tengah gelombang, tercari-cari arah tujunya. Malangnya tiada sebarang petanda yang dapat dilihat dengan jelas. Segala- galanya kelihatan kelam. Di sepanjang jalan, di tengah malam yang gelap gelita ini kedengaran suara sayup-sayup yang memikik dan memanggilnya. Hanya ada satu perkataan sahaja yang tepat menggambarkan situasi manusia di ketika itu iaitu “gawat”

Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia meminta kita supaya berusaha menyelematkan bangsa ini yang sedang di ancam bahaya.

 

Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah bangsa yang sedang memikil tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini, bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau bergnatung hanya kepada impian dan angan- angan. Sebaliknya mereka perlu mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.

 

Pertembungan hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang menongkan arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini perlu memahami bahawa jihad bererti susah payah dan bersusah bererti berpenat lelah.

Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah selesai perjuangan ini.

Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.

 

Persedian yang diperlukan oleh bangsa ini dalam mengharungi jalan tang berliku ini hanyalah dengan jiwa yang beriman, tekap dan jitu, kejujuran, kesedian berkorban dan berani menghadapi kesusahan. Tanpa persedian ini mereka tidak akan mampu menang dan kegagalan pasti memihak kepada mereka

Walaupun situasi kita hari ini adalah seperti yang anda tahu. Malangnya kita masih memiliki jiwa yang layu, lemah dan manja. Pipinya begitu halus hingga bisa terluka dihembus bayu. Jari jemarinya bisa terguris disentuh sutera. Para pemuda dan pemudi kita yang menrupakan generasi harapan di masa hadapan lebih tertarik dengan fesyen mewah atau makanan yang sedap atau hiasan yang menawan atau kenderaan yang mewah atau kerjara yanf hebat atau gelaran yang tiada nilainya. Walaupub ia bermakna mereka  terpaksa menggadai segala kebebasan diri atau kehormatan mereka atau terpaksa kehilangan segala hak bangsa mereka.

 

Lihatlah golongan muda ini, raut wajah mereka memperlihatkan semangat muda merela. Gaya mereka memperlihatkan ketangkasan mereka. Air muka mereka begitu jernih. Mereka menempuh pintu ketua jabatan sambil borang permohonan kerja tersisip di lengan mereka.  Anda dapat lihat bagaimana mereka akan menggunakkan apa sahaja cara.

Mereka akan meminta bantuan yang berpangkat rendah dan tinggi. Mereka mengunnakan perantaraan kerani dan pegawai kementerian untuk mencapai hasrat mereka bagi memperoleh kerja.

Saudara pembaca yang dikasihi, apabila pemuda ini bernasib baik, apabila apa yang dicitakan tercapai dan berjaya menjawat jawatan rasmi ini, apakah dia akan bersedia meniggalkan kerjai ini demi mempertahankan harga dirinya walaypun terpaksa berhadapan dengan seksaan?

 

Hari ini, diri kita memerlukan rawatan yang rapi, perubahan yang menyeluruh dan pemulihan dalam pelbagai aspek akibat semangat kira telah luntur, akhlak kita yang tercemar dan sikap mementingkan diri. Harapan besar yang dimmpikan oleh para penggerak perubahan  ditambah pula dengan situasi kritikal yang melanda umat ini menuntut kita supaya segera memulihkan diri.

Kita bina semula roh kita setelah sekian lama ia dilanda kemarau dan setelah pelbagai peristiwa menggugat kekebalan dan keutuhannya. Tanpa kekuatan rohani dan pemulihan jiwa ini kita tidak mampu melangkah kehadapan walaupun selangkah.

***

Untuk bacaan orang lelaki yang bersemangat tinggi.

Written by khairulorama

January 11, 2011 at 6:02 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: