Khairulorama- Life and work notes

Pain is the predecessor of success.

.. Presiden ABIM interview..

with 2 comments

1.Apa masalah terbesar golongan belia Islam Malaysia kini.

Di antara masalah-masalah terbesar belia Islam di negara kita adalah kelunturan jatidiri, persaingan dalam akademik dan dunia pekerjaan. Bagi saya, masalah utamanya tetap kelunturan jatidiri mereka. Maknanya, belia Islam di negara kita tidak cukup mantap keIslaman, keMelayuan dan patriotismenya. Cabaran dan masalah lain akan mampu ditentangi oleh para belia Islam jika mereka masih utuh kekuatan peribadi dan nilai. Jika tidak masalah picisan pun akan mengganggu tumpuan dan memalingkan mereka dari landasan kejayaan dan keunggulan.

6. Sesama gerakan Islam dan badan-badan dakwah di Malaysia apakah ada satu keselarasan antara satu sama lain, dan masing-masing bergerak bersendirian.

Pada pandangan saya belum ada penyelarasan yang memuaskan. Memang ada beberapa forum dan rangkaian sedia ada yang seperti yang di bawah seliaan kerajaan dan juga sebahagiannya inisiatif badan-badan bukan kerajaan. Kehadiran dan pengaruh badan-badan dakwah ini akan lebih dirasai dan berkesan jika gerak kerja mereka lebih terselaras. Untuk mencapai maksud ini, faktor utama adalah sikap, budaya dan tabiat medan gerak kerja dakwah itu sendiri. Dakwah sewajarnya dilihat dan dirasai sebagai agenda neutral dan agenda bersama. Kegagalan bekerjasama dalam hal ini bukan sahaja akan mengurangkan pencapaian tetapi akan menyebabkan timbulnya fitnah dan krisis seperti peringatan Quraniy dalam Surah Al-Anfal, ayat 73.

From ABIM Website.

Written by khairulorama

August 1, 2007 at 11:26 am

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Pada ketika ini sepatutnya seluruh Ummat Islam menyatukan barisannya dan saling membantu satu dengan lainnya, dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama. Rumah Islam sedang diceroboh dan dibakar oleh musuh-musuh Islam, jadi tidak pada tempatnya kita masih membincangkan hal-hal yang telah basi (masaalah khilafiah), ini serupalah orang-orang yang masih mempersoalkan dimana meletakkan meja dan kursi, sepatutnya kita sama-sama menyelamatkan rumah tersebut terlebih dahulu, dan membangunnya kembali demi untuk kepentingan Islam dan seluruh Ummat Islam.

    S.H. ALATAS

    August 23, 2008 at 9:08 pm

  2. assalamualaikum….
    saya nak tau tentang dakwah yang berkesan kepada masyarakat dimalaysia pada masa ini.

    nurul

    April 6, 2009 at 9:14 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: