DrMKZ

"We write to taste life- twice"

Pengajaran daripada Cerekarama Air Mata Nur Salina – dicalonkan ASK 2011

leave a comment »

Semalam sempat menonton Cerekerama Air Mata Nur Salina arahan Erma Fatima. Malam Ahad, biasanya di’reserve’kan untuk menonton cerekerama bersama-sama dengan Nadiah. Sekarang, sudah tidak pergi ke wayang lagi, jadi layan cerekerama-lah malam Ahad. Astro pun tak de!

Sinopsis cerita ini, ia berkisahkan flashback seorang perempuan yang tidak dilindungi hak-hak isteri dalam kekeluargaan. Mungkin Erma Fatima mahu menyampaikan mesejnya mengenai hak isteri dalam cereka ini. Hak feminisme dan hak Isteri bukan benda yang sama. Sebagai orang Islam, hak seorang isteri jauh lebih besar daripada perjuangan feminisme.  

Aku pun sengaja mencari komentari dari blog-blog online dalam Bahasa Melayu, tak banyak yang dijumpai pada kala ini.

Watak yang dibawa oleh Remy Ishak, Afkar seorang penagih judi yang terpengaruh oleh seorang kawan lama, menjadikan Afkar seorang yang bipolar.

Kejap-kejap sayang, kejap-kejap pemarah! Afkar bukan seorang yang rational. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Afkar adalah tidak berdasarkan realitinya sendiri.  Afkar tidak mampu mengimbangi risiko baik dan buruk, dan keputusan yang dibuat oleh Afkar adalah tidak betul. Ini sebenarnya adalah personaliti seorang penjudi. Apa sahaja mahu dijudikan untuk mencapai kesenangan yang singkat.

Sehingga dia sanggup pada kemuncaknya, menjudikan isterinya, Salina lakonan Umie Aida, untuk dijadikan barangan taruhan.

Afkar walaupun berjaya mewujudkan enterprise yang sendiri, akhirnya muflis dengan sikapnya yang ketagih berjudi. Aku rasa sifat ini, ada dalam semua orang lelaki. Sejauh mana seorang lelaki itu mampu menilai dan mempertimbangkan keputusan adalah penting untuk tidak mengorbankan familinya. Ingat semua keputusan mesti disampingi dengan doa.

Watak Salina, pula adalah satu watak yang naif. Itu tidak tahu, ini tidak tahu. Sepatutnya Salina tidak membuang ayahnya, apabila berkahwin dengan Afkar di Thailand. Suka hati ayah-lah, kalau tidak mahu Salina, tetapi Salina sepatutnya menjadikan ayahnya sebagai wali yang terpenting untuk mempertahankan haknya. Walau bagaimana sekali pendosa anak itu, pasti ibu bapa akan mempertahankan anaknya. Salina tidak seharusnya lari daripada ayahnya.

Aku merasakan sepatutnya, Salina pergi ke Pejabat Agama Islam, dan tuntut Fasakh sekiranya Afkar tetap berlaku tidak adil dengannya. Mungkin juga disebabkan Salina kena tangkap basah ketika berkahwin dengan Afkar, jadi sudah tidak percaya dengan Pejabat Agama Islam, ketika diperlukan untuk mempertahankan haknya.

Perempuan yang berkahwin sepatutnya mampu menilai baik budi dan hati suaminya. Tetapi disebabkan masih sayangkan Afkar, maka Salina pun menuruti suaminya buta-buta.

Salina sepatutnya berani berdiri diatas kaki sendiri sekiranya diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Jangan takut dengan suami kalau Allah bersama anda.

Ya! mungkin juga Salina ingin memberi peluang kepada Afkar!

Afkar pun mengambil jalan mudah untuk menghantar produk-produk perubatan, dadah untuk mencari jalan penyelesaian hutang-hutangnya. Produk-produk morphine, heroine untuk pesakit barah!

Sudah masuk dalam perangkap Dajal. 

Hutang-hutang dibayar dengan duit haram.

Kesian kalau tak dapat petunjuk ini. Judi ini sebenarnya banyak jenis, investment pun boleh jadi judi kalau tidak ada kira-kira yang bijak!

Afkar pada akhir cerita ingin memenangi kepercayaan Salina dan ingin membawa isterinya ke Indonesia bersama-sama dengan penyeludupan barangannya, tetapi Salina berkeras menolak.

Sudah nampak Salina mahu berdiri sendiri apabila meminta bercerai. Tak perlu, minta daripada Afkar sebenarnya, minta Fasakh sebenarnya.

Aku tidak setuju kalau Salina adalah mangsa keadaan. Sebenarnya, berkali-kali Afkar buat salah. Kena tahu bila bertindak, tetapi apabila wali dibuang kan sudah susah!  Mungkin, anda kata Salina seorang yang sabar, jujur dan berakhir di tali gantung,  saya  rasakan kalau Salina sudah nampak kesalahan besar atau sinister sebenarnya kena cepat bertindak. Buat Plan B dengan cepat.

Tetapi Salina mengikut suaminya, sehingga terlalu marah, dan membunuh suami yang untuk mempertahankan anak-anaknya. Afkar yang tidak mampu mengawalkan ‘memperjudikan’ anaknya agar Salina mengubah fikiran.

Ingat yang mempertahankan kita bukan suami, tetapi suami yang mengigati Allah!

Satu lagi, Enakmen Kekeluargaan di Selangor sebenarnya telah menyediakan ruangan untuk perempuan mempertahankan hak-hak mereka, jadi isteri-isteri yang merasakan suami mereka dayus, minta pandangan Ustaz dan kaunselor.  Jadi kalau Kahwin di Thailand, daftarlah juga di Pejabat Agama Islam, supaya boleh claim hak apabila berlaku masalah dalam perkahwinan.

Hidup ini boleh diubah kalau anda mahukan dan Berani membuat hijrah! Ini sebuah komentari membina ummah, bukan ingin mengkondem.

Komentari blogger lain

http://che-safrasulaiman.blogspot.com/2011/04/airmata-nur-salina.html

P/s: disemak oleh Nadiah, mula-mula tidak setuju

Written by Khairul

October 24, 2011 at 12:12 pm

Leave a comment